in ,

Gimik Menjadi, Muzik Video PEMATAH HATI Kini Trending Dalam Tempoh 24 Jam

Gimik promosi muzik video terbaharu penyanyi Nabila Razali menerusi lagu Pematah Hati membuahkan hasil apabila ia mendapat 500,000 tontonan di Youtube hanya selepas 24 jam ia dilancarkan.

Lebih membanggakan, muzik video yang menampilkan pelakon Aedy Ashraf itu sehingga kini selesa berada di tangga ke #3 carta Trending Youtube Malaysia.

Mengulas mengenai kejayaan itu, Nabila berkata, dia tidak menyangka penerimaan baik terhadap muzik video itu daripada peminat dan ia kejayaan manis buat dirinya sepanjang bergelar penyanyi.

nabila-razali-1

Malah penyanyi berusia 25 tahun ini terharu dengan komen-komen positif mengenai hasil muzik video itu yang disifatkan bertaraf antarabangsa.

Nabila berharap angka tontonan muzik video itu akan terus meningkat dan mensasarkan tontonan sebanyak 1 juta dalam tempoh seminggu.

Nabila turut berterima kasih kepada sokongan peminat terhadap single terbaharunya itu selain memberi komen positif terhadap muzik videonya itu.

Pematah Hati adalah ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini dan Ezra Kong.

nabila-razali

Dalam pada itu, Nabila berkata, muzik video Pematah Hati adalah arahan dua pemuda berasal dari Romania yang menggelarkan diri mereka sebagai Storytellrs.

Cerita Nabila, dia dan pihak pengurusannya bertemu dengan Storytellrs yang kebetulan sedang menggembara di Malaysia sebelum mereka bersetuju bekerjasama menghasilkan muzik video tersebut.

Jelasnya, konsep muzik video berkenaan adalah idea daripada mereka sendiri yang berjaya memberi sentuhan bertaraf antarabangsa dan ia disiapkan hanya dalam tempoh dua minggu.

Ia menjalani penggambaran di beberapa lokasi di ibu negara termasuk di Blues and Bees, The Bee dan Living Space.

Selain Aedy, ia turut menampilkan selebriti dan personaliti Yaya Zahir, Syada Amzah, Adriana Adnan, Diana Iss dan Diana Dancea.

Selain Youtube, Pematah Hati kink boleh dimuat turun menerusi platform digital seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, Kkbox dan Deezer.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertandingan Undi Parodi Influencer Kegemaran Anda

Travelog Jejak Bangunan Bersejarah Bersama Hana Ismail Dalam TIANG DIMENSI