in

Apa Yang Enak di SF COFFEE Sempena Perayaan Ni?

SF Coffee menyediakan menu perayaan enak sehingga hujung tahun ini di kesemua 38 buah outletnya di seluruh Semenanjung Malaysia.

Sajian bertemakan “In The Mood For Celebration” ini merupakan menu perayaan SF Coffee yang menampilkan cita rasa yang sesuai dengan perayaan seperti butterscotch, ayam Belanda dan kranberi.

SF Coffee Festive Menu

SAJIAN MENU ENAK SF COFFEE MENGGAMIT SUASANA PERAYAAN

Barista di SF Coffee juga menampilkan rangkaian minuman istimewa iaitu Butterscotch Macchiato sebagai hidangan perayaan minuman Macchiato Latte yang dicampur dengan Butterscotch, lengkap dengan sos karamel penuh berkrim.

Dengan harga bermula antara RM13 hingga RM16.50, minuman ini dihidangkan panas, sejuk juga dalam bentuk Frisco Frappé, eksklusif dari SF Coffee.

Signature Frisco Frappe Butterscotch Macchiato copy

Butterscotch Macchiato amat sedap apatah lagi jika digandingkan dengan juadah Creamy Turkey Pasta baru yang menampilkan pasta penne, daging ayam Belanda, cendawan butang serta tomato ceri dalam sos krim seenak rasa, ditaburi cebisan ayam rangup, keju Parmesan dan daun parsli, bagi membawakan juadah perayaan yang lazat lagi menyelerakan.

Satu lagi hidangan perayaan yang sememangnya memikat rasa ialah Merry Turkey Focaccia – mengandungi gulungan isi ayam Belanda serta keju cheddar semula jadi yang ditaburkan di atas lapisan salad dan tomato dengan sapuan sos kranberi yang melengkapi sentuhan suasana percutian kali ini. Kedua-dua pasta dan sandwic ini boleh dinikmati dengan harga RM18.90 setiap satu.

SF Coffee Butterscotch Macchiato that are served in either Hot or Iced or its signature Frisco Frappe copy

“Di SF Coffee, akhir tahun adalah merupakan waktu yang istimewa, maka sebab itu kami menjadikan outlet kami sebagai tempat yang lebih istimewa untuk pelanggan kami beramah-mesra serta bertukar-tukar hadiah sambil menikmati kopi istimewa. Kami juga memastikan mood yang sesuai untuk sambutan musim perayaan ini dengan menjadikan suasana lebih meriah dan menarik,” kata Koo Sue San, Pengurus Besar San Francisco Coffee.

Bagi yang mencari hadiah istimewa untuk penggemar kopi, mereka boleh memilih mana-mana biji kopi segar di dalam beg 100g bernilai RM12.75 secara percuma dengan setiap pembelian bekas minuman SF Coffee Graffiti, yang dijual pada harga RM75.90.

Untuk butiran lanjut mengenai promo perayaan dan menu, para pelanggan boleh melayari laman Instagram dan Facebook SF Coffee atau laman web SF Coffee di www.sfcoffee.com.

Merry Turkey Focaccia Sandwich copy

Iced Butterscotch Macchiato copy

Hot Butterscotch Macchiato copy

Creamy Turkey Pasta copy

Creamy Turkey Pasta and Merry Turkey Pasta copy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Travelog Jejak Bangunan Bersejarah Bersama Hana Ismail Dalam TIANG DIMENSI

Celcom Blue Cube Kini Berwajah Baru