in ,

Yang Anda Perlu Tahu Tentang THE SHERRY SHOW

Siapa yang tidak menggemari pengacara dan pelakon terkenal Sherry Al-Hadad? Karakter Sherry yang bersahaja, lucu dan berkeyakinan tinggi menjadi inspirasi orang ramai untuk mengejar cita-cita. Sudah tidak asing lagi di industri hiburan dengan mengendalikan program Melodi, Perang Bibir dan Muzik Muzik, terbaharu, wanita bersifat “happy go lucky” bakal memiliki program bual bicara tersendiri iaitu The Sherry Show!

Yang Anda Perlu Tahu Tentang

Inspirasi & Berhibur Bersama Sherry

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Puan Zurina Othman, “Sebelum ini, TV3 menyajikan program bual bicara seperti Ally, Tunggu Sekejap dan The Sarimah Show untuk slot waktu lewat malam. Tarikan utama program-program seperti ini adalah hos yang berjaya menawan hati para penonton dengan personaliti mereka. Jadi, Sherry Al-Hadad yang periang dan pandai berjenaka merupakan calon paling sesuai. Selain itu, Sherry yang berpengalaman luas dalam bidang pengacaraan dapat membawa kelainan dan menghidupkan program ini dengan sentuhan komedinya.”

Bakal ditayangkan di TV3 pada 19 November (Ahad), program bual bicara yang padat dengan pelbagai segmen dan topik menarik ini turut menampilkan barisan selebriti popular tanah air seperti Aliff Aziz, Mark Adam, Ruhainies, Diana Danielle, Ayda Jebat dan ramai lagi sebagai artis jemputan.

Mempunyai 7 episod menarik, The Sherry Show bersiaran selama satu jam pada setiap hari Ahad, pukul 10.00 malam untuk 3 episod. Bermula 9 Disember, program ini akan bersiaran pada hari Sabtu, pukul 10.00 malam.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang

Program bual bicara yang sudah pasti akan menghiburkan hati para penonton ini berkonsepkan santai, penuh gelak ketawa dan akan membincangkan tentang isu-isu semasa yang tular serta sedang hangat dibicarakan orang ramai. Lebih menarik lagi, Sherry Al-Hadad akan berinteraksi secara lebih eksklusif bersama para penonton menerusi beberapa segmen menarik seperti Cer Citer, Ada Berani? Ok Mari!, 11 Soalan, Sidekick dan Kerusi Panas. Sherry juga turut dibantu oleh dua orang “sidekick” iaitu Ain Edruce & Jiggy.

Menerusi segmen Cer Citer, para penonton dapat mengetahui perkembangan terkini mengenai kehidupan para artis jemputan. Penonton juga pasti akan terhibur dengan segmen Ada Berani? OK Mari! di mana para penonton dapat melihat telatah Sherry serta artis jemputan bermain permainan yang mencabar dan menyeronokkan.

Bukan itu sahaja, penonton yang hadir juga berpeluang untuk turut serta dalam permainan itu dan memenangi hadiah menarik yang disediakan. Selain itu, segmen-segmen lain seperti Gincu & Baju, perkongsian fesyen menarik sesuai dengan majlis dan keramaian dan juga Anak Siapa Ni? yang mengetengahkan kanak-kanak yang berbakat turut menjadi tarikan bagi The Sherry Show yang sesuai ditonton seisi keluarga ini.

Berikut merupakan senarai topik dan artis jemputan untuk setiap episod:

Episod 1 Pasangan Artis Popular
Alif Aziz & Bella, Syuk SYJ & Sera, Mark Adam
Episod 2 Adik-Beradik Popular
Sharifah Shahirah & Sharifah Sakinah, Risteena & Ruhainies
Episod 3 Artis Menjaga Penampilan
Tomok, Awal Ashaari, Kilafairy, Bront Palarae
Episod 4 Pasangan Artis & Anak Popular
Diana Danielle & Muhammad (anak), Datin Eina Azman & suami, Datuk Paduka Kaiser bersama pasangan anak kembar
Episod 5 Artis Hot
Nadia Brian, Elizabeth Tan, Nazrief Nazri, Ezzaty Abdullah
Episod 6 Cinta Lokasi
Ayda Jebat, Hazama, Altimet, Joey & Wati, Izzue Islam
Episod 7 Artis Baru Popular
Haqiem Rusli, Ismail Izzani, Afifah Nasir, Faizal Tahir

The Sherry Show merupakan terbitan Primeworks Studios yang diterajui oleh M. Samsairol Che Aman sebagai Penerbit Eksekutif dan Haizren Mohd Esa sebagai Penerbit.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Para penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang

Yang Anda Perlu Tahu Tentang

Yang Anda Perlu Tahu Tentang

Yang Anda Perlu Tahu Tentang

Yang Anda Perlu Tahu Tentang

Yang Anda Perlu Tahu Tentang

Yang Anda Perlu Tahu Tentang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem MURDER ON THE ORIENT EXPRESS

Ada Sebab Fathia Latiff Diganti Dengan Siti Elizad dalam Sepahtu Reunion Live