in ,

The Rock Kongsi Pengalaman Positif Covid-19 di Instagram

PELAKON Hollywood terkenal, The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson berkongsi pengalaman setelah disahkan terkena jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Berita itu dikongsi di Instagram peribadinya hari ini, sekali gus mendedahkan dirinya dan keluarga positif Covid-19 sejak beberapa minggu lalu. Bagaimanapun dia dan keluarganya telah pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Menerusi rakaman video berdurasi durasi 11 minit 35 saat, Johnson menceritakan pengalaman mereka semasa dijangkiti virus tersebut dipercayai diperoleh daripada keluarga terdekat.

Isterinya, Lauren Hashian bersama dua anak perempuan, Jasmine dan Tiana dijangkiti Covid-19 lebih kurang dua atau tiga minggu yang lalu.

Jelasnya, situasi dihadapinya sangat mencabar kerana ia berbeza dengan pengalamannya alami kecederaan semasa berlakon atau pun kemalangan.

“Orang ramai perlu menjaga disiplin diri, memakai pelitup muka dan melindungi keluarga agar tidak menjadi salah satu korban Covid-19,”

– The Rock

Namun beliau terus bangkit melawan penyakit yang kini masih menular di seluruh dunia malah sempat memberi nasihat kepada masyarakat agar mengutamakan kebersihan dan penjagaan diri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mira Filzah Nikah | 17

Sekitar Majlis Resepsi Kedua Mira Filzah & Wan Emir Bertemakan dalam Taman

Naim Daniel 2020 | 18

Naim Daniel Sebak Ketika Nyanyi SERIBU TAHUN di Majlis Resepsi Mira Filzah