in , ,

Sekitar Majlis Resepsi Kedua Mira Filzah & Wan Emir Bertemakan dalam Taman

Sama cantik sama padan, itulah yang boleh digambarkan apabila melihat pasangan merpati dua sejoli Mira Filzah dan Wan Emir Astar. Selepas majlis resepsi berkonsepkan The Midnite Sky pada 4 September, kali ini majlis resepsi kedua diadakan pula di Puchong, Selangor.

Pada hari ini pada jam 10 pagi, telah berlangsungnya majlis resepsi yang kedua buat Mira Filzah dan Wan Emir Astar. Majlis yang bertemakan perkahwinan dalam taman tetap meriah dengan kehadiran tetamu dan selebriti. Kelihatan cantik dengan busana biru muda, persalinan pasangan ini direka khas oleh pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi

Sekitar Majlis Resepsi Kedua Mira Filzah & Wan Emir Bertemakan dalam Taman

Menerusi Instagram, pereka fesyen bagi majlis kali ini memuat naik sekeping gambar memaparkan Mira Filzah di dalam busana yang direka khas olehnya. Tampil berbeza berbanding dua majlis sebelum ini, pasangan pengantin ini dilihat berseri-seri sekali.

Majlis resepsi kali ini menggunakan khidmat perunding perkahwinan Indah Wedding nampak begitu cantik dengan dekorasi yang berkonsepkan dalam taman bunga. Manakala pasangan pengantin memilih warna biru untuk warna busana pengantin.

Sekitar Majlis Resepsi Kedua Mira Filzah & Wan Emir Bertemakan dalam Taman

Umum mengetahui pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada 3 September lepas dengan sekali lafaz sahaja dan dinikahkan sendiri oleh bapa Mira. 

Manakala majlis resepsi pertama pasangan ini diadakan pada 4 September di Le Heritage, Putrajaya.

Sekitar Majlis Resepsi Kedua Mira Filzah & Wan Emir Bertemakan dalam Taman

Menerusi akaun Instagram, beberapa video di sekitar majlis resepsi perkahwinan Mira dan Emir telah dikongsikan. 

Pastinya peminat pasangan ini berasa teruja dan tidak jemu melihat persandingan mereka buat kali yang kedua ini. Mira juga cantik sangat !!

Sekitar Majlis Resepsi Kedua Mira Filzah & Wan Emir Bertemakan dalam Taman

Rata-rata netizen memuji penampilan Mira yang nampak cantik dan berseri.

Sekitar Majlis Resepsi Kedua Mira Filzah & Wan Emir Bertemakan dalam Taman

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru ini. Semoga mahligai cinta yang dibina oleh Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar berkekalan selamanya sehingga ke jannah serta dikurniakan cahaya mata yang comel-comel. Amin.

Sekitar Majlis Resepsi Kedua Mira Filzah & Wan Emir Bertemakan dalam Taman
Sekitar Majlis Resepsi Kedua Mira Filzah & Wan Emir Bertemakan dalam Taman
Sekitar Majlis Resepsi Kedua Mira Filzah & Wan Emir Bertemakan dalam Taman
Sekitar Majlis Resepsi Kedua Mira Filzah & Wan Emir Bertemakan dalam Taman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gemar Berbual Soal Cinta, Aina Abdul Nak Menangis Cakap Dengan Misha Omar

The Rock Kongsi Pengalaman Positif Covid-19 di Instagram