in , ,

Naim Daniel Sebak Ketika Nyanyi SERIBU TAHUN di Majlis Resepsi Mira Filzah

Semalam telah diadakan satu lagi majlis resepsi Mira Filzah dan juga suaminya Wan Emir yang bertemakan Wedding dalam Taman dengan tema warna biru salju. Majlis itu diadakan di waktu pagi bermula sekitar jam 11 pagi di A Park, Puchong.

Memang indah sekali majlis ini apatah lagi temanya adalah garden wedding. Mira Filzah dan suami Wan Emir diihat mengenakan baju berwarna biru cair, memang sejuk mata memandang pasangan ini. Dalam pada itu, ketika majlis resepsi kali ini, Naim Daniel iaitu pemenang Juara Lagu telah dijemput sebagai penyanyi jemputan. Menerusi satu perkongsian, Naim Daniel telah meluahkan rasa sebaknya ketika menyanyikan lagu SERIBU TAHUN nyanyian asal dari Imran Ajmain.

Jelas Naim, di saat dia menyanyikan lagu itu, Wan Emir dilihat seakan menghayati baik lirik nyanyiannya dan memegang erat tangan isteri, Mira Filzah. Ini komen dari Naim.

“Secara tetiba rasa agak emotional pula ketika perform lagu berjudul Seribu Tahun pada hari ini, Apatah lagi semasa part lirik jangan putus harapan sedia setia.

Masa tu adalah moment yang saya nampak Wan Emir genggam erat tangan Mira Filzah kuat-kuat.

“Memang hari yang tersangatlah indah buat pasangan ini. Such a lovely day. Saya akan berdoa agar semua yang terbaik untuk kedua pengantin baru ini.

“Terima kasih juga kerana memberi kepercayaan kepada diri saya ini untuk menyanyi dan buat persembahan di majlis perkahwinan kamu berdua.

“Tak lupa juga nak ucapkan jutaan terima kasih yang teristimewa buat bandmates pada hari ni iaitu John Jeeves dan Jee Sings.

– Naim Daniel

Dalam pada itu, para peminat Naim mengucapkan tahniah buat Naim kerana berjaya menyanyi lagu berkenaan dengan baik.

Ini antara respon dari para netizen di luar sana: “Memang nice lah. Nasib baik Mira Filzah jemput Naim buat persembahan, Naim boleh nyanyi live dengan baik”.

“Nice voice Naim. Memang sampai ke hati, good job Naim!” komen seorang lagi netizen di instagram milik Naim Daniel.

Pada hari berkenaan, selain lagu Seribu Tahun, Naim juga menyanyi beberapa lagu lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Rock Kongsi Pengalaman Positif Covid-19 di Instagram

Daus Eli Alami Depresi Selepas Bercerai, Luah Rasa dalam Single TAKDIR KITA