in , ,

THE LOCCDOWN: SonaOne Memanfaatkan Masa Isolasi dengan Mencipta Muzik

Lumrah kehidupan manusia, apabila wujud kekangan, maka lahirlah inovasi, dan SonaOne memenuhi pernyataan ini semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 dijalankan.

Diilhamkan dari siri vlog PKP beliau, THE LOCCDOWN, SonaOne berazam untuk memeriahkan pengalaman kuarantin anda dengan satu projek muzik yang baru. Walaupun siri vlog SonaOne ini meliputi asas-asas rutin hariannya, seperti memasak dan membersihkan apartmen yang mengasah skil domestiknya (bersama tetamu undangan tetap yang istimewa, Nemo Faizon, kucingnya), tetapi jelas dengan projek yang akan datang ini, sebagai rapper dan produser, jus kreativitinya tetap mengalir ke muzik.

LOCCDOWN ARTWORK 3000px

THE LOCCDOWN yang dihasilkan hampir sepenuhnya oleh “Kid Kenobi” ini sendiri mempunyai senarai penampilan istimewa yang boleh dibanggakan seperti Joe Flizzow, Abubakarxli, Yung Raja, Fariz Jabba, Daboyway, A. Nayaka, Axel Jonas, Karmal dan Adrian Danial (Midnight Fusic). Terdapat 10 lagu sebagai senarai trek, tetapi yang paling menonjol adalah ‘Bomba (Def Jam SEA Remix). Dalam trek ini, gandingan kesemua penampilan istimewa membantu melonjakkan single SonaOne yang dilancarkan baru-baru ini ke tahap yang bombastik.

THE LOCCDOWN yang dipenuhi dengan kejujuran dan mesej positif, adalah pelayaran SonaOne merentas tema kesepian, kebosanan, berhibur untuk mengisi masa lapang, serta nasihat-nasihat agar kita tetap tinggal di rumah – tetapi masih mengekalkan unsur ‘groove’ malah terselit juga unsur nakal.

SonaOne

Pengalaman peribadi SonaOne dalam masa kuarantin ini diolah menjadi rentak hebat yang mampu membuatkan kepala anda bergoyang ke depan dan kebelakang sambil diisi dengan ‘wordplay’ yang menghiburkan dan ‘bars’ yang menarik.

Walaupun seluruh dunia berubah hampir sekelip mata dalam saat getir ini, THE LOCCDOWN SonaOne bukan sahaja mengingatkan kita tentang kemampuan manusia untuk menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan, malahan untuk tetap tersenyum ketika melakukannya.

SonaOne

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyampai Berita Veteran RTM, Farit Ismeth Emir Meninggal Dunia

tony fernandes airasia-2020

#InThisTogether: Kehidupan Allstar Bekerja dari Rumah!