in

Penyampai Berita Veteran RTM, Farit Ismeth Emir Meninggal Dunia

Siapa tak kenal dengan bekas pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir. Kemunculannya pasti memberi kesan mendalam kepada penonton, dengan kata-kata hikmah yang disampaikan di akhir baca berita. Bagaimanapun itu hanya tinggal kenangan selepas dimaklumkan beliau meninggal dunia hari ini. Mesra dengan panggilan ‘Pakngah’, Farit merupakan antara pembaca berita yang pastinya dirindui.

Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan juga ikon Radio Televisyen Malaysia RTM, Farit Ismeth Emir disahkan meninggal dunia pada Isnin kira-kira jam 11.10 pagi tadi di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor kerana mengidap kanser paru-paru.

RTM melalui status di laman Facebook memaklumkan Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga kerja RTM menghembuskan nafas terakhir di Shah Alam.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, PJS 4, Petaling Jaya, selepas Zohor.

Berita tersebut dimaklumkan oleh anaknya, Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.

“Farid Ismeth Emir baharu sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah tentu beliau akan dirindui,”

Berita ini juga turut dimaklumkan oleh rakan penyampai dan pengacara Hafizal Hamad dan Akbar Sahari di laman Twitter pada tengahari tadi.

Penyampai Berita Veteran RTM, Farit Ismeth Emir Meninggal Dunia

Pembaca berita Azam Hussain turut memuat naik status di Facebook berhubung kematian Pak Ngah. Dia turut bersedih atas kehilangan seorang lagenda dalam bidang penyampai berita yang sudah lama berkhidmat di RTM.

Farid Ismeth Emir, 66, merupakan penyampai berita veteran di stesen penyiaran awam milik kerajaan itu memiliki tujuh orang cahaya mata.

Allahyarham yang dilahirkan pada tahun 1954 adalah penyampai berita veteran RTM dan amat popular pada era 1990-an terutamanya menerusi Dunia Jam 10.

farit meninggal dunia

Farit yang mempunyai tujuh anak pernah meminjamkan suaranya untuk iklan-iklan komersil dan membawakan watak doktor dalam drama radio popular RTM, Nombor 5 Persiaran 1.

Allahyarham terkenal sebagai pembaca berita pada era 1980-an menerusi berita Dunia Jam 10 (DJ10) di RTM ketika itu. Sebelum bekerja sebagai penyampai berita, Farit pernah bekerja dalam industri perhotelan selama 13 tahun dan hotel pertama ialah Hotel Jaya Puri pada 1970-an.

Pengalamannya dalam industri perhotelan membolehkan Farit memegang jawatan seperti Penolong Pengurus di Hotel Regent, Kuala Lumpur dan kemudiannya menjadi Pengurus di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Pada tahun 1987 dalam usianya 33 tahun, Farit mengambil keputusan meninggalkan industri perhotelan untuk menceburi bidang ‘suara komersil’. Beliau mendapat dorongan daripada individu yang terkenal dalam bidang tersebut iaitu Ali Abdul Rahman dan juga Patrick Teo.

Selepas menjalani uji suara di stesen penyiaran RTM pada Ogos 1987 dan menghadiri kursus lanjutan, Farit akhirnya dipilih sebagai penyampai berita RTM.

Semasa di awal pembabitannya dalam bidang penyampaian berita, Farit yang terkenal dengan gaya suaranya yang ala Inggeris dan Arab itu turut menyampaikan berita RTM pada waktu tengah hari (Sabtu dan Ahad) selain menjadi penyampai berita DJ10.

Allahyarham dikenali dengan kata-kata pujangga setiap kali menutup laporan beritanya. Salam takziah dari kami kepada keluarga dan sahabat arwah di atas pemergian ikon dunia penyiaran ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang beriman.

Sumber: Astro Awani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Media Prima Lancar SETULUS IKHLAS Ajak Penonton Sambut Ramadan Secara Sederhana

THE LOCCDOWN: SonaOne Memanfaatkan Masa Isolasi dengan Mencipta Muzik