in ,

#InThisTogether: Kehidupan Allstar Bekerja dari Rumah!

Tidak dinafikan, kita semua di seluruh dunia berada dalam tempoh yang sukar di mana bekerja dari rumah adalah satu kebiasaan baharu.

Biarpun terdapat sebilangan mereka yang tidak dapat menyesuaikan diri pada mulanya, ramai yang telah membiasakan diri dan memperoleh cara baharu untuk belajar dan memperbaiki diri sendiri sambil kekal selamat di rumah.

Allstars (kakitangan AirAsia) merangkumi mereka yang kreatif dan berbakat, dan dalam sekelip mata, sebaik sahaja perintah kawalan pergerakan bermula di Malaysia (pada 18 Mac) diikuti beberapa negara Asean lain, terdapat senarai perkara untuk mengisi masa lapang ketika berada di rumah (selain bekerja).

Di AirAsia, tiada bezanya kerana kami semua #InThisTogether.

Daripada kelas memasak, kelas bahasa, tip senaman kepada sesi origami, pasti ada aktiviti menarik untuk semua orang di seluruh Kumpulan AirAsia untuk melalui tempoh yang sukar ini bersama-sama.

Aireen+omar+2

Walau bagaimanapun, selain daripada elemen menyeronokkan ini, Allstars mengambil kesempatan ini untuk belajar kemahiran baharu dan menambah baik diri dengan kemahiran digital yang membolehkan mereka untuk meneroka landskap perniagaan baharu terutamanya dalam persekitaran pasca-COVID-19.

Peluang pembelajaran ini disediakan oleh Akademi RedBeat AirAsia – sebuah akademi teknologi, kepimpinan dan inovasi sehenti bertujuan menjadi pemangkin untuk memenuhi keperluan ekonomi digital di rantau ini, bermula dengan Malaysia. Akademi RedBeat adalah kolaborasi antara cabang usaha sama korporat AirAsia, RedBeat Ventures bersama Google.

Sejak peraturan bekerja dari rumah bermula, lebih 1000 Allstars AirAsia daripada pelbagai jabatan termasuk juruterbang dan kru kabin telah mendaftar untuk menyertai Akademi RedBeat. Ini membuktikan keinginan yang kuat untuk belajar dalam seluruh organisasi selain daripada tenaga kerja yang menyokong visi digital syarikat.

Allstars+WFH+calendar

Modul yang meliputi lima haluan pembelajaran telah bermula dalam format webinar melibatkan sehingga 800 Allstars setiap sesi. Setiap Allstar akan diberi sijil daripada Google selepas tamat pembelajaran tersebut. Allstars berpeluang untuk mengikuti haluan pembelajaran daripada topik berikut:

  • ICT & Pembinaan pengkomputeran awan (Cloud Architecture)
  • Data Analisis/kejuruteraan/sains
  • Keselamatan IT, Keselamatan siber
  • Pemasaran, produk
  • Produk UI/UX

Mengapa Akademi RedBeat ditubuhkan?

Akademi RedBeat adalah kolaborasi antara RedBeat Ventures dan Google. Perbincangan mengenainya bermula pada tahun lepas kerana kami percaya adalah penting untuk memastikan tenaga kerja kami relevan dengan keperluan ekonomi digital yang sentiasa berubah seperti dapat dilihat sekarang.

Dan proses ini telah dipercepatkan lagi oleh penularan wabak ini, yang menyebabkan kita semua terkurung di rumah masing-masing.

Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya, dan kami mengambil kesempatan untuk melancarkan Akademi RedBeat untuk Allstars di seluruh rantau ini, memberi peluang kepada mereka untuk belajar kemahiran baharu dan menambah baik kemahiran mereka walaupun berdepan tempoh yang sukar ini.

Bagaimana Allstar mendaftar untuk Akademi RedBeat?

Mereka melalui proses mengisi borang penilaian, untuk kami mengukur tahap keselesaan mereka dalam menyesuaikan diri dengan peranan melibatkan teknologi, serta kemampuan mereka dalam pengetahuan digital.

Adakah seseorang itu harus mempunyai latar belakang teknologi untuk memohon?

Tidak, semua orang tanpa mengira latar belakang di seluruh organisasi boleh memohon.

Berapa ramai yang telah mendaftar sehingga kini?

Terdapat lebih 1,000 Allstars dari 7 negara telah memohon, dan sesi telah pun bermula secara aktif. Dalam situasi ketika ini, sikap berpuas hati dengan kejayaan semasa bukan satu pilihan dan pembelajaran berterusan adalah penting untuk memastikan syarikat dapat mengatasi landskap perniagaan yang sentiasa berubah apabila kita memasuki fasa pasca-COVID-19.

Apakah pelan masa depan Akademi RedBeat?

Saya amat teruja dengan sambutan yang memberangsangkan daripada Allstars kami. Kemahiran digital amat penting dalam ekonomi masa depan, dan kami berharap untuk memainkan peranan dengan membuka Akademi RedBeat kepada orang awam, tidak lama lagi. Ini akan membantu kita semua untuk memastikan pasaran kerjaya mempunyai tenaga kerja dengan kemahiran yang betul untuk berdepan dengan apa-apa cabaran dalam ekonomi digital.

Ya, Akademi RedBeat akan dibuka kepada orang awam, ikuti ruang ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

THE LOCCDOWN: SonaOne Memanfaatkan Masa Isolasi dengan Mencipta Muzik

Pemergian Farit Ismeth Emir Satu Kehilangan Besar, Sukar Dicari Ganti