in

The Lizzie Mcquire Movie Di TV2

Slot Saturday Matinee : The Lizzie Mcquire Movie Di TV2

Filem komedi ringan popular tahun 2003 yang menampilkan pelakon Hilary Duff, Adam Lamberg, Yani Gellman dan Clayton Snyder bakal menghiburkan petang hari anda seisi keluarga pada 22 Disember depan, jam 2.00 petang menerusi TV2.

Bergelak ketawa dengan tayangan filem mengisi slot Saturday Matinee ini yang pastinya mampu menghiburkan anda dengan plot cerita yang santai terutama kalangan remaja yang gemar mengimpikan momen-momen indah diimpikan menjadi kenyataan.

Saksikan kemunculan watak Lizzie McGuire yang telah lulus dari sekolah menengah dan memulakan perjalanan ke Rom, Itali bersama teman-teman sekelasnya. Menariknya apa yang sepatutnya hanya perjalanan biasa telah berjaya merubah impian remaja-remaja ini menjadi kenyataan.

Hilary_Duff_In_The_Lizzie_Mcguire_Movie_Wallpaper_2_800

Pemergian mereka ke Rom diiringi dan dikawal ketat oleh penngetua sekolah tingginya yang baru, Cik Ungermeyer dan teman baiknya Kate Sanders. Lizzie berkongsi bilik dengan keduanya. Ketika berada di Trevi Fountain, mereka secara tidak sengaja bertemu dengan bintang pop Itali yang dikenali sebagai Paolo.

Dalam pertemuan itu, Paolo bersungguh mengatakan wajah Lizzie persis sahabatnya yang juga penyanyi, Isabella. Paolo kemudiannya berjanji untuk menemukan keduanya yang miliki wajah seiras itu di tempat sama keesokkan harinya.

Lizzie berpura-pura jatuh sakit dan ketika itu muncul Gordo menjadi penyelamatnya. Namun bila rahsia itu terbongkar, Cik Ungermeyer naik angin dan mengarahkan supaya Gordo dihantar pulang. Gordo hanya pasrah dan rela berkorban untuk Lizzie.

Sebaik pulang, Lizzie segera mencari Gordo. Namun dia kecewa dan terkejut bila diberitahu oleh Kate bahawa Gordo telah dihantar pulang. Malah Kate minta Lizzie buka mata luas-luas tentang perasaan cinta yang disimpan dalam hati oleh lelaki itu terhadap Lizzie.

Sementara itu, ketika di lapangan terbang, Gordo terserempak dengan Isabella dan dia terima hakikat Paolo tidak berbohong. Wajah Lizzie dan Isabella memang seiras. Mereka kemudiannya sama-sama mahu menyedarkan Lizzie yang Paolo sebenarnya tidak berniat ikhlas mahu berkawan dengan Lizzie. Paolo sebenarnya mahu menggunakan Lizzie untuk menjatuhkan reputasi Isabella yang lebih menyerlah dalam industry berbanding dirinya.

Namun berjayakah misi mereka untuk menyekat tindakan Paolo? Adakah Lizzie kemudiannya terbuka hati menerima cinta Gordo? Saksikan kesudahannya dalam filem arahan Jim Fall ini hanya di TV2.

Photo_11_Hires

2003_The_Lizzie_Mcguire_Movie_002

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anuar Zain Gambar 2020 | 18

EKSKLUSIF Gambar Sebalik Tabir Sesi Photo Shoot Promo Konsert Anuar Zain

Kumpulan Hayad Perkenalkan Lagu-Lagu Terbaru