in , ,

Tourism Selangor Anjur Tukang Festival Rekabentuk & Kraf 2022

Agensi pelancongan negeri menganjurkan Festival Pertukangan Selangor 2022 – TUKANG bagi mengiktiraf pembuat kraftangan yang banyak menyumbang kepada perkembangan seni kraftangan negara.

Selangor adalah pusat bagi bakat-bakat kreatif yang telah mencipta nama di luar negara. Menyedari impak bakat kreatif dalam membina masa depan yang lebih baik untuk masyarakat; Negeri Selangor, melalui agensi pelancongan rasminya, Tourism Selangor akan menganjurkan TUKANG—Festival Rekabentuk dan Kraf 2022 dari 22 hingga 27 November 2022 di Galeri Shah Alam.

Penganjuran Suzy Sulaiman dari Fakulti Kreatif dan Multimedia, Universiti Multimedia, acara ini akan meningkatkan lagi imej Galeri Shah Alam dan Taman Tasik Shah Alam sebagai tarikan pelancong. Festival TUKANG menjangkakan 5,000 pengunjung dari dalam dan luar negara, dengan pelbagai aktiviti dan program pendidikan seperti Pameran Inovatif, Bengkel Seni, Ceramah Rekabentuk, Bazar Seni Pop Up & Kraf, Persembahan Muzik, dan Pameran Pitching Pelancongan Selangor.

Tikar

Festival ini menyerlahkan pereka dan artis yang inovatif melalui anugerah geran awam. Geran bernilai RM 10,000 telah diberi kepada enam rekabentuk pemenang dan diberi tempoh selama tiga bulan untuk menyiapkan projek mereka.

Antara projek kraftangan yang akan dibentangkan ialah; A Piece of Kampung oleh Leon Leong dan Hani Ali, Tepak Ulam oleh Warenakita, Re: Vision oleh Gwyneth Jong dan Maisarah Lubis, ‘Mok’ Pod oleh Gharib+Batiktektura, Sustainable Innovation Batik Alternative Tool oleh Ecovs dan T.I.K.A.R. oleh Inside RG.

Negeri Selangor sentiasa berinovatif dalam mempromosikan tarikan pelancong yang berpotensi, terutamanya dalam merealisasikan misi membangunkan Selangor sebagai Hab Industri Kreatif. Ini selaras dengan kempen pelancongan domestik Selangor, Pusing Selangor Dulu! Idea inovatif daripada bakat-bakat kreatif ini boleh digunakan dalam pembangunan produk yang terdiri daripada industri fesyen, perabot dan makanan yang berpotensi menjadi tarikan pelancongan.

TUKANG—Festival Rekabentuk dan Kraf 2022 yang julung kalinya dianjurkan oleh Tourism Selangor dengan kerjasama khas bersama Rantai Art akan membawakan kumpulan seni tempatan dan muzik indie bagi persembahan sepanjang Festival TUKANG diadakan, seperti Couple, Acap Loko, Heidi Moru, dan Maple sambil menampilkan pelbagai vendor termasuk kopi, makanan ringan, pastri, seni dan kraf.

Orang ramai dijemput hadir ke TUKANG—Festival Rekabentuk dan Kraf 2022 untuk berinteraksi dengan pereka dan artis kraf sepanjang Festival ini berlangsung seperti bengkel seni, pembentangan dan bazaar seni untuk pengalaman yang lebih mendalam tentang dunia seni dan kraf. Untuk butiran lanjut, sila lawati media sosial rasmi Tourism Selangor di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok untuk informasi terkini..

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hael Husaini

Ada Sebab Konsert Hael Husaini Live In KL Ditunda Ke 19 Februari 2023

The King’s Affection

The King’s Affection Menjadi K-Drama Pertama di 50th International Emmys