in ,

Salon The Hair Tric & Lashility Buka Cawangan Ke-4 di Pavilion Bukit Jalil

Salun kecantikan rambut dan bulu mata, The Hair TRIC & Lashility melebarkan lagi sayapnya dengan pembukaan cawangan yang keempat di PAVILION, Bukit Jalil.

Salun yang sangat up-to-date dengan pengayaan rambut terkini, menyediakan pelbagai rawatan berkaitan dengan rambut dan bulu mata. Meskipun rawatan yang diberikan setaraf salon antarabangsa namun The Hair TRIC & Lashility mengenakan bayaran harga yang sangat berpatutan.

Malah produk yang digunakan oleh The Hair TRIC & Lashility juga adalah produk-produk berkualiti. Bagi anda yang mempunyai masalah rambut ataupun ingin melentikkan bulu mata anda, salun terbaik di Kuala Lumpur ini menyediakan rawatan yang khusus bagi setiap satu masalah anda. 

Kehadiran jurudandan atau hairstylist professional yang telah diberi latihan akademik bertauliah di Taiwan dan Malaysia serta mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang ini menjanjikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan The Hair TRIC & Lashility. 

The Hair Tric &Amp; Lashility Buka Cawangan Di Pavilion, Bukit Jalil

The Hair TRIC & Lashility menawarkan pelbagai pakej rawatan rambut kepada pelanggan yang sudah tentunya perkhidmatan yang diberikan hanya daripada pekerja professional.

Antaranya potongan rambut, rawatan keratin semulajadi serta menawarkan teknik baharu mereka iaitu air touch balayage ataupun pakar sambungan rambut dengan hanya menggunakan produk yang terbaik. 

Bukan hanya perkhidmatan rambut, salun ini juga mempunyai pekerja yang pakar dalam sambungan bulu mata, microblading kening, sulaman bibir dan lashlifting.

The Hair TRIC & Lashility sedar bahawa rawatan yang diterima oleh pelanggan bukan hanya mengenai hasil akhir yang cantik semata-mata namun pengalaman yang selesa dan santai juga memainkan peranan dalam pemilihan salun.

The Hair Tric &Amp; Lashility Buka Cawangan Di Pavilion, Bukit Jalil

Setiap yang hadir ke The Hair TRIC & Lashility pasti akan berpuas hati untuk mengeluarkan wang yang lebih hanya untuk mendandan rambut apabila menikmati rawatan yang sangat baik oleh pekerja terlatih yang menjanjikan dalam memberi pelanggan sebuah pengalaman yang terbaik yang pernah ada. 

The Hair TRIC & Lashility menggunakan produk yang dijamin halal dan mempunyai sijil halal. Hal ini dapat mengelakkan sebarang keraguan atau menyekat keinginan dalam mendapatkan perkhidmatan dandan rambut untuk pelanggan muslim.

Ini menarik lebih ramai lagi pelanggan muslim dalam mengunjungi salun ini dengan menerima perkhidmatan dandan rambut yang tidak terbatas. 

The Hair TRIC & Lashility juga menawarkan tempat yang eksklusif dan selesa untuk pelanggan dengan membawa konsep elegent dan mewah. 

Agar ruangan terlihat elegan dan mewah, The Hair TRIC & Lashility menggunakan warna-warna dengan intensitas gelap dengan sentuhan warna-warna muda seperti putih dan kelabu agar ruangan tidak nampak terlalu suram.

Penggunaan perabut, pencahayaan sederhana serta sentuhan pada hiasan yang minimalis menekankan konsep awal salun iaitu mewah dan elegen. The Hair TRIC & Lashility juga menekankan konsep mewah dan warna warni di ruangan lain. 

The Hair Tric &Amp; Lashility Buka Cawangan Di Pavilion, Bukit Jalil

Penggunaan warna yang pelbagai dengan sentuhan warna pink, putih, biru dan sebagainya, memberikan suasana keceriaan, diperindahkan lagi dengan perabut serta hiasan yang memperlihatkan konsep mewah pada salun ini.

Cahaya yang terang serta warna yang pelbagai, memberi aura positif serta lebih ceria kepada pelanggan dalam menerima perkhidmatan dandan rambut dan bulu mata di salun ini. 

The Hair TRIC & Lashility menyediakan ruang pelanggan, ruangan VVIP serta ruangan muslimah. Ruang VIP dikhususkan kepada pelanggan yang mahukan privacy, keselesaan dan juga layanan eksklusif. 

The Hair TRIC & Lashility dapat menarik perhatian ramai selebriti yang terkenal. Antara selebriti yang mendapatkan khidmat dandan rambut ialah Emma Maembong, Bella Dowanna, Amelia Henderson dan ramai lagi.

Manakala untuk khidmat bulu mata pula Mysara Muhd, Arinna Erin dan ramai lagi. Kepercayaan serta kunjungan para selebriti terkenal serta pelanggan-pelanggan lain yang mendapatkan perkhidmatan dandan rambut dan bulu mata membantu salun ini terus berkembang dan dikenali. 

The Hair TRIC & Lashility juga tidak ketiggalan mengambil peluang dalam mendapatkan lebih ramai lagi pelanggan dengan mengaktifkan diri di media sosial. Salun ini mendapat pengikut yang ramai di akaun Instagram dan akaun TikTok iaitu 41.8k pengikut di akaun Instagram dan 84.2k pengikut di akaun TikTok.

Pelbagai perkongsian yang menarik berkaitan penjagaan rambut, pemilihan warna serta gaya yang betul dan pelbagai tips yang menarik dan berguna kepada penonton. Mereka juga tidak lelah dalam membalas pelbagai komentar yang diberikan di ruangan komen berkaitan rambut dan bulu mata. 

Mempunyai pekerja yang professional yang mempunyai latihan yang lengkap serta berpengalaman menjadikan The Hair TRIC & Lashility dapat menjamin serta menjanjikan perkhidmatan dandan rambut dan bulu mata yang terbaik serta akan sentiasa memberi keselesaan kepada semua pelanggan yang datang. 

The Hair Tric &Amp; Lashility Buka Cawangan Di Pavilion, Bukit Jalil

Bangsar

16-G Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur 

No. Tel : 03-2282 2800 

Pavilion Bukit Jalil

Lot 5.53.00 Level 5, Pavilion Bukit Jalil, Pusat Bandar, 2, Persiaran Jalil Utama, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur 

No. Tel : 03-9775 6977 

Ioi City Mall

L3-216 Ioi City Mall, Lbh Irc, Ioi Resort, 62502 Putrajaya 

No. Tel : 03-8959 9986 

Mytown

Level 2-071, Mytown Shopping Centre, Jalan Cochrane Seksyen 90, Cheras 

55100 Kuala Lumpur 

No. Tel : 03-9202 2860 

Setia City Mall

Level 1, Setia City Mall, 053, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor 

No. Tel : 03-3358 8878 

Laman Web : 

HAIRTRICANDLASHILITY.COM 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Noah

Energetik! Konsert NOAH Live in KL Hiburkan 2,500 Peminat Tegar 

Trending Viral Hiasan | 16

Google Malaysia Perkenal Laman UndiNegaraKu Bersempena PRU 15