in , ,

Google Malaysia Perkenal Laman UndiNegaraKu Bersempena PRU 15 

Google Malaysia hari ini bekerjasama dengan Undi18, dan telah memperkenalkan sebuah laman sehenti khusus bersempena dengan Pilihan Raya Ke-15, dinamakan Undi Negaraku.

Seperti ramai sedia maklum, pada PRU15 kali ini, lebih 5.8 juta pengundi baharu, termasuk 1.2 juta yang berusia antara 18 dan 20 tahun, akan keluar mengundi buat kali pertama. Dengan laman sehenti ini, Google memudahkan lagi proses pemahaman berkenaan proses mengundi, dan pada masa yang sama mengenali lebih lanjut berkenaan parti politik.

Disamping itu, Google juga turut mendidik kaedah menangani maklumat tidak sahih yang sering tersebar ketika pilihanraya – sekaligus menjadikan pengguna lebih bijak lagi.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Undi Negaraku hari ini, dan terus menambah ilmu dan memahami lanjut berkenaan proses demokrasi yang diadakah hampir lima tahun sekali ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hair Tric

Salon The Hair Tric & Lashility Buka Cawangan Ke-4 di Pavilion Bukit Jalil

Yussef Dayes | 15

Pemain Dram & Pemuzik Jazz, Yussef Dayes Bakal Beraksi di Malaysia