in , ,

Energetik! Konsert NOAH Live in KL Hiburkan 2,500 Peminat Tegar 

YOLO Malaysia Sekali Lagi Berjaya Hiburkan Seramai 2,500 Peminat Tegar Band Rock Indonesia Dalam Konsert ‘NOAH Live in KL’

Label penganjur acara kian popular, YOLO Malaysia sekali lagi berjaya menghiburkan lebih kurang 2,500 peminat tegar band rock terkenal dari Indonesia, NOAH dalam sebuah konsert memukau dan penuh bertenaga, ‘NOAH Live in KL’ pada malam semalam bertempat di dewan serba moden, Zepp KL.

Energetik! Konsert NOAH Live in KL Hiburkan 2,500 Peminat Tegar

“Syukur kerana segala-galanya telah berjalan dengan lancar, hampir 2,500 pengunjung hadir memenuhi ruang konsert bagi menonton persembahan memukau daripada band rock paling popular negara seberang iaitu NOAH, dan rata-rata pembeli tiket mengatakan mereka amat berpuas hati dapat menyaksikan bintang rock kesayangan membuat persembahan secara ‘live’.

“NOAH turut meluahkan rasa terharu mereka kerana ruangan konsert yang ternyata ‘sold-out’, dengan sistem bunyi yang mantap serta penonton yang ‘happening’ menyanyikan bersama lagu-lagu yang dibawakan,” jelas Hamka Mohd Taufik, selaku Penerbit Kreatif YOLO Malaysia.

Energetik! Konsert NOAH Live in KL Hiburkan 2,500 Peminat Tegar

NOAH yang dianggotai tiga orang ahli pemuzik iaitu Ariel selaku ‘frontman’ atau vokalis utama, Lukman selaku gitaris dan juga David, pemain keyboard, telah mempersembahkan hampir 20 buah lagu kesemuanya termasuk lagu-lagu hit dari awal penubuhan band tersebut sekitar sedekad yang lalu seperti Menghapus Jejakmu, Separuh Aku, Yang Terdalam, Bintang Di Surga, Mungkin Nanti dan lain-lain.

Energetik! Konsert NOAH Live in KL Hiburkan 2,500 Peminat Tegar

Seramai 3 orang pemuzik profesional turut mengiringi persembahan NOAH dengan kejutan istimewa untuk pengunjung yang berupa ‘Concert Kit’ buat setiap pembeli tiket.

Energetik! Konsert NOAH Live in KL Hiburkan 2,500 Peminat Tegar

Menurut Ib Harun, Pengasas YOLO Asia, “Setiap pengunjung yang hadir telah diberikan sebuah ‘led wrist-band’ atau gelang tangan led sebelum memasuki dewan konsert, dan apabila pembeli mengenakannya, lampu led di gelang tangan akan menyala mengikuti ritma tempo muzik yang dibawakan ketika konsert berlangsung.

Energetik! Konsert NOAH Live in KL Hiburkan 2,500 Peminat Tegar

“Ini merupakan kali pertama seumpamanya gajet sebegini digunakan di Malaysia dalam konsert bernuansa Melayu, dan kesemua pengunjung terhibur dengan perubahan warna ‘wrist-band’ tersebut disamping menambah keseronokan pada atmosfera di dalam dewan konsert, selain itu pembeli juga turut menerima sekeping kad bersaiz Touch ‘n Go dengan paparan band NOAH sebagai kenang-kenangan.

Energetik! Konsert NOAH Live in KL Hiburkan 2,500 Peminat Tegar

Tambah Haniff Hamzah, selaku Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, “Kesemua pengunjung yang hadir memberikan respon yang sangat positif dan menyatakan kerinduan mereka terubat setelah melihat NOAH membuat persembahan tanpa henti selama 90 minit.

“Oleh kerana sambutan yang memberangsangkan daripada pembeli tiket, YOLO Malaysia sudah pun merencanakan YOLO x NOAH 2023 pada tahun hadapan di ruangan yang lebih besar.

Energetik! Konsert NOAH Live in KL Hiburkan 2,500 Peminat Tegar

“Dan khas buat peminat-peminat muzik K-pop di Malaysia nantikan juga sebuah pesta berteraskan muzik K-pop yang dipanggil YOLO K-razee tidak lama lagi.

Akhiri Ib: “Terima kasih terhadap kesemua pembeli tiket yang telah menonton ‘NOAH Live in KL’ dan merasai sendiri pengalaman berbeza seperti apa yang telah kami rancangkan. 

“Semoga pengunjung konsert pada masa akan datang terus memberikan kepercayaan penuh terhadap YOLO Malaysia dimana kami menjanjikan aksi-aksi muzikal menakjubkan dan memukau pada setiap konsert.

Energetik! Konsert NOAH Live in KL Hiburkan 2,500 Peminat Tegar

Sebagai makluman, buat sesiapa yang tidak mahu ketinggalan mendapatkan tiket konsert anjuran YOLO Malaysia pada masa akan datang, jangan lupa untuk melakukan pra-pendaftaran di laman web www.yoloasia.com serta pembeli masa hadapan disarankan mengikuti kesemua platform media sosial YOLO Malaysia bagi mendapatkan maklumat yang terkini.

Energetik! Konsert NOAH Live in KL Hiburkan 2,500 Peminat Tegar

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.yoloasia.com dan jangan lupa ikut laman sosial: YOLO Malaysia (@yolo_malaysia) serta; YOLO Malaysia – Home | Facebook.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Glutanex Meraikan Pelancaran Di Malaysia Bersama Duta Song Ji Hyo

HAIR TRIC

Salon The Hair Tric & Lashility Buka Cawangan Ke-4 di Pavilion Bukit Jalil