in

The Devil Wears Prada Screw Loose

EMPAT FILEM INGGERIS HEBAT ISI SLOT CINEMA ON 2 SEPANJANG APRIL INI

Empat filem Inggeris hebat dijanjikan tayangannya oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi Slot Cinema On 2 setiap Rabu, jam 10.00 malam di TV2 khas untuk penonton setia salurannya. Ia termasuklah filem The Devil Wears Prada (6 April 2011), Borderline (13 April 2011), Fatal Contact : Bird Flu In America (20 April 2011) dan diakhiri Screw Loose (27 April 2011).

Penonton diajak menyaksikan plot menarik filem The Devil Wears Prada lakonan Meryl Streep, Anne Hathaway, Emily Blunt, Stanley Tucci dan Simon Baker. Filem hebat ini mengisahkan situasi berlaku di New York dimana watak gadis bernama Andrea Sachs yang berpewatakan naif, seorang lulusan dalam bidang kewartawanan telah diterima bekerja sebagai pembantu kepada Miranda Priestly. Majikannya itu seorang eksekutif Majah Fesyen Runway yang kejam dan kuat bekerja.

Andrea menyimpan hasrat untuk menjadi seorang wartawan dan sanggup bermula daripada bawah sebagai pembantu Miranda. Pembantu pertama Miranda iaitu Emily dan perunding imej bernama Nigel membantu Andrea supaya berpakaian lebih menarik. Andrea berubah sikap dan ia mempengaruhi kehidupan peribadi dan hubungan dengan teman lelakinya, Nate, keluarga dan teman-temannya.

Menyusul filem arahan Evelyn Purcell iaitu Borderline yang dilakonkan oleh Gina Gershon, Michael Biehn dan Sean Patrick. Pakar psikik iaitu Dr Lila Colleti telah bercerai dengan suaminya. Dia telah mendapat hak sepenuhnya untuk menjaga dua orang anak perempuannya. Ketika itu Lila bertugas sebagai doktor psikologi untuk penjenayah yang gila di sebuah penjara tempatan. Situasi itu membuatkan kehidupannya berdepan dengan situasi berbahaya dengan masa kerjayanya yang tidak menentu.

Ketika itu salah seorang pesakit Lila bernama Ed Baikman telah dibebaskan meskipun dirinya masih dipengaruhi delusi setelah membunuh bekas suami dan kekasih gelapnya. Tanpa diduga Baikman mahu mengheret sama Lila dalam masalahnya. Situasi itu mula menimbulkan rasa curiga di hati kekasih Lila, Macy Kobacek seorang detektif polis.

Isu penyebaran wabak selsema burung yang bermutasi menjadi virus tersebar di kalangan sesama manusia pula di ketengahkan menerusi filem arahan Richard Pearce bertajuk Fatal Contact : Bird Flu In America. Saksikan bagaimanakah kesudahan filem yang menyaksikan lakonan berkesan Joely Richardson, Scott Cohen, Justina Machado dan Ann Cusack.

Slot tontonan ramai ini diakhiri tayangan filem Screw Loose yang menyaksikan kemunculan actor tersohor dalam bidang lakonan iaitu Mel Brooks bergandingan dengan Julie Condra dan Ezio Greggio menghidupkan filem popular sekitar tahun 1999 ini

Ia berkongsi kisah seorang pemilik syarikat makanan Itali yang diserang penyakit jantung dan meminta anaknya, Bernardo, untuk mencari orang yang menyelamatkan nyawanya dalam Perang Dunia II dan membawanya kepada kematiannya. Dia melakukannya dan mencari orang itu di Sanatorium dan harus berdepan dengan pelbagai situasi sepanjang perjalanan kembali ke Milan.

Luangkan masa anda untuk menyaksikan filem-filem hebat yang dibawakan khas untuk anda pengikut setia slot Cinema On 2 ini hanya menerusi saluran TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Didik Pengguna Elak Tertipu Dalam Drama Langsai

Airasia Appoint Phar Partnerships To Be Exclusive Sales Agency