in , ,

Mila Jirin Menangis Sebak Dengar Berita Perdana Menteri Akan Letak Jawatan

Penyanyi dan usahawan popular, Mila Jirin tidak dapat menahan kesedihan apabila mendengar berita mengenai Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletakkan jawatan.

Pada hari ini, dunia politik tempatan telah digemparkan dengan berita mengenai Muhyiddin akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri esok. Ia berikutan dakwaan yang beliau kini sudah tidak mempunyai bilangan majoriti yang cukup di parlimen untuk terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyi dan usahawan popular, Mila Jirin tidak dapat menahan rasa sedih apabila mendengar berita Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletakkan jawatan.

Mila Jirin Menangis Sebak Dengar Berita Perdana Menteri Akan Letak Jawatan

Dalam video dikongsikan itu, Mila dilihat menangis dan berkata sebelum ini dia tidak pernah sedih jika Perdana Menteri lain meletakkan jawatan, namun kali ini berbeza.

“Aku tak tahu kenapa aku sedih, aku tak pernah pun sedih kalau Perdana Menteri nak letak jawatan sebelum ni. Tapi mungkin sebab dia (Muhyiddin) bantu aku. Dia bantu aku.

“InsyaAllah, aku doa sangat moga Allah mudahkan semua urusan orang kat Malaysia ni. Angkatlah Covid ni jauh-jauh Ya Allah,”

– Mila Jirin

Perkongsian Mila itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersedih serta mengatakan ‘Abah’ sudah cuba sebaik mungkin dan sudah banyak membantu rakyat.

Hari ini juga kecoh apabila media melaporkan Muhyiddin dijangka meng­hadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Giliran Nana Mahazan Pula Berhijab, Syukur Hidayah Sampai Awal

The Alif Semai Semangat Patriotik Cintakan Negara Dalam Lagu NEGARAKU MALAYSIA