in ,

TGV Cinemas Jual Tiket AVENGERS 2 : AGE OF ULTON Terlebih Awal?

Wah, semalam Budiey dihubungi oleh seorang teman PR dari TGV mengatakan tiket untuk menonton filem kegemaran ramai yang ditunggu-tunggu iaitu AVENGERS 2 : AGE OF ULTON akan dijual terlebih awal. Fuhyooo, walaupun filem arahan Joss Whedon ini akan menjengah pawagam mulai 23 April 2015, tapi TGV Cinemas telah memberikan hak eksklusif kepada moviegoers di luar sana untuk membeli tiket lebih awal. Elokla tu kan? Bukan selalu dapat peluang macam ni.

Melalui info yang Budiey terima, tiket AVENGERS 2 : AGE OF ULTON akan dijual pada hari ini Rabu mulai jam 9 pagi. Jadi tunggu apa lagi?

Tgv Cinemas Jual Tiket Avengers 2 : Age Of Ulton

Yes – you read it right!

We now it’s only February and the movie is only coming out in April 23, but hey, why wait when you can get tickets for Avengers 2: Age of Ultron now!?

And because we are so appreciative of your support to TGV Cinemas, we wanted you to be the first to know and to get your favourite seat.

We will be announcing the sales on social media tomorrow at 9am!

Click here (NOW!) to get your tickets and please do share this exciting news on your blogs and social media channels with your friends.. followers.. neighbours.. pets.. the anneh at the mamak stall.. Heck.. spam everyone you know! 

Budiey percaya ramai pembaca yang mahu menonton filem bergenre Action/Adventure/Fantasy ini. Kalau ada premiere with Budiey alangkah bestnya. Haha, I wish. Tapi Budiey nak beli tiket filem ni sekejap sahaja lagi, takut nanti kehabisan pulak kan.

Filem AVENGERS 2 : AGE OF ULTON dilakonkan oleh ramai sekali pelakon handalan yang popular seperti Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Cobie Smulders, Samuel L. Jackson, James Spader, Elizabeth Olsen, Aaron Taylor-Johnson.

Baca sinopsis di bawah ni:

The Avengers reassemble to battle a sentient robot who has become one of humankind’s biggest threats since breaking free from its creator, Dr. Hank Pym. The film is the eleventh instalment in the Marvel Cinematic Universe.

So amacam, adakah korang mahu menjadi penonton pertama filem ini?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebab Anda Perlu Pilih CELCOM FIRST Dengan Ciri OPTIMISERᵀᴹ

Senarai Penuh Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014