in , ,

Teruskan Mengundi Carta Nasyid Pertama di Nasionalfm, “Aura 10” 

Carta Aura 10 – Irama Nasyid Bergema, tentukan lagu nasyid mana pilihan anda. Telah pun bermula siaran pertamanya pada 2 Julai lalu, ternyata carta yang bukan sahaja memilih lagu-lagu nasyid terkini, malah lagu ketuhanan yang mempunyai lirik berunsur kerohanian juga lirik yang positif juga puitis ini mula mendapat tempat di hati pendengar Nasionalfm.

Diangkat sebagai Carta Nasyid pertama di Nasionalfm, setiap minggu bakal menampilkan sepuluh lagu terbaik dan bersiaran setiap Jumaat, pukul 9.10 malam menerusi frekuensi 8.5 MHz dan 95.3 MHz di Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Selangor.

Program carta nasyid ini diterbitkan oleh Nurul Asiah Bidin atau DJ Yuyue Nurul dan dikendalikan oleh penyampai, Odey Petra atau Qhaliff Azhar. Undian dilaksanakan setiap Jumaat bermula pukul 7 pagi hingga 7 malam menerusi Instagram aura10_nasionalfm. 

Sepuluh lagu-lagu yang dipertandingkan termasuklah lagu ‘Linangan Laduni’ (Darwish), ‘Thank You Allah’ (Datin Alyah ft Cats Faris ft Ustaz Haris), ‘Dalil Cinta’ (Rabithah ft Fitri Haris), ‘Mazhab Cinta’ (Rabithah, Aniq Muhai, Areef, The Truth, Norhafiz Azmi, Syed Salah), ‘Cinta Sementara’ (The Truth), dan ‘Terus’ (Ezad Lazim ft Simfoni). 

Live Bersama Artis Jemputan Aura 10

Turut berada dalam carta lagu ‘Isteri Soleha’ (Ikhwan Fattana), ‘Ittaqullah’ (Inteam), ‘Muniff Hijjaz’ (Agung Cintamu) dan pencalonan baru Elite lagu ‘Allhamdulilah’. Juara bulan Oktober 2021 milik Inteam & Khai Bahar menerusi lagu Setanggi Surga 2020.

Menariknya carta program di Nasionalfm ini juga menjemput artis yang tersenarai dalam carta untuk bersiaran langsung bersama menerusi facebook live dan aplikasi google meet.

Lagu yang menjadi juara lebih dari empat kali berturut-turut setiap minggu akan diangkat sebagai Juara Bulanan dan membolehkan lagu tersebut untuk dipertandingkan pada peringkat seterusnya. Terdahulu lagu nyanyian Aniq Muhai – Hingga Sat Akhir telahpun menjadi Juara Bulan Ogos.

Lagu nasyid dan lagu ketuhanan ini memiliki pengaruh tersendiri. Ia mudah lekat di hati pendengar kerana padat dengan penulisan lirik positif dan menyentuh jiwa. RTM terus mengharapkan Aura 10 – Irama Nasyid Bergema menjadi program yang mampu mengangkat martabat industri nasyid di Malaysia sekaligus membantu penggiat seni nasyid dan lagu ketuhanan untuk memperlihatkan karya-karya hebat mereka terus dihargai dan dapat bersaing di peringkat yang lebih tinggi.   

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fesyen Travel Trending | 17

LEGOLAND® Malaysia Resort Reopens With New Attraction, PLANET LEGOLAND

Shuk Sahar 150X150 1 | 18

Rossa Dedah Sudah Sebulan Tak Tinggal Sebumbung Dengan Shuk Sahar