in , ,

Rossa Dedah Sudah Sebulan Tak Tinggal Sebumbung Dengan Shuk Sahar

Nampaknya drama rumah tangga pelawak Shuk Sahar masih tiada kesudahan lagi apabila isterinya, Rossa Sera mendedahkan suaminya itu didakwa curang lagi.

Terbaru, Rossa mendedahkan sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan kini dalam proses untuk failkan cerai selpeas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.

“Saya dalam proses failkan cerai terhadap Shuk. Saya nekad untuk bercerai kerana hampir lima tahun bertahan dengan penderaan emosi ini. Malah, sejak sebulan lalu kami tidak lagi tinggal bersama.

“Pelik kerana perceraian sudah dalam proses, kenapa mereka berdua tidak dapat bertahan seketika dan semakin ligat? Sebagai isteri, pastinya saya mempunyai naluri mengenai kehadiran wanita lain ketika Shuk bekerja di Pulau Pinang.

“Dia suka memanipulasi dan itu membuatkan saya sering memaafkannya. Apabila terbongkar begini, orang di luar sana yang berkongsi dan bertanya kepada saya,”

– Rossa

Nekad untuk bercerai, Rossa berkata sudah cukup dia bersabar selama ini dan tidak peduli dengan pendapat orang luar kerana dia yang hadapi semuanya sendiri.

“Apa yang penting kali ini saya tegas dengan keputusan untuk berpisah. Shuk dengan perempuan itu memang banyak kali berpakat. Rasanya cukuplah kesabaran saya sehingga ke tahap ini saja. Tempoh sebulan berjauhan ini memberikan saya ruang untuk berfikir dengan lebih mendalam.

“Keluarga juga tidak menghakimi atau membenci Shuk kerana apa pun keputusan terletak di tangan saya. Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cepat,” katanya.

– Rossa

Semalam, Rossa memuat naik mesej di Instagram diterima daripada netizen yang mendakwa terlihat Shuk bersama kekasih gelapnya menonton wayang di Penang.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teruskan Mengundi Carta Nasyid Pertama di Nasionalfm, “Aura 10” 

Maxis Menghormati ‘Amma’ & Kebijaksanaannya Sempena Deepavali Ini