in , ,

Ini Nasihat Ustaz Kepada Shuib Bila Pilih Wanita Jadi Ibu Susuan Ayash Affan

“Carilah mana-mana wanita (Islam) pun asalkan akhlaknya baik,” demikian nasihat penceramah bebas Haslin Baharim kepada Shuib berhubung ‘khasiat’ ibu susuan untuk bayinya.

Haslin berkata demikian selepas ahli perniagaan, pelawak juga pelakon itu menyatakan kebimbangannya untuk menguruskan dan menyediakan keperluan makanan untuk Ayash Affan yang dilahirkan allahyarham Siti Sarah pada 6 Ogos lalu.

Haslin turut berpesan agar Shuib memilih wanita yang bersedia lebih awal untuk memberi susu kepada Ayash Affan sekurang-kurang lima kali kenyang sebagai syarat sah mengiktiraf wanita itu sebagai ibu susuan bayinya.

“Jika boleh, minta perkenan daripada suami wanita itu juga.

“Pastikan bayi diberi susu sekurang-kurangnya lima kali kenyang dan tak ada khilaf, maka termeterailah secara automatik dia sebagai ibu susuan,” katanya selepas selesai majlis bacaan Yassin dan tahlil buat allahyarham Siti Sarah malam tadi.

Menurutnya, Shuib juga harus menitikberatkan soal mahram antara tiga lagi adik-beradik Ayash Affan dengan wanita yang bakal menjadi ibu susuan bayinya itu nanti.

Shuib berkata, dia digalakkan oleh doktor untuk mempertimbangkan pemberian susu badan dari wanita lain bagi membantu tumbesaran bayinya itu.

Meskipun belum membuat sebarang keputusan, pemilik nama penuh Shahmira Muhamad, itu mengakui ramai wanita sudah menyatakan kesanggupan mereka untuk menjadi ibu susuan Ayash Affan buat ketika ini.

Kata Shuib, 36, tidak terkecuali yang menawarkan susu badan adalah rakan selebriti Syatilla Melvin iaitu isteri kepada pelakon Shaheizy Sam.

“Bercakap fasal persediaan untuk menguruskan Ayash Affan pun saya dah termenung berfikir. Sekarang dia diberi susu formula.

“Namun doktor beritahu sekiranya ada susu ibu boleh dibawa ke hospital. Tapi saya pula fikir, siapa nak bagi? Bagi saya tu memang soalan cepumas.

“Ramai orang tawarkan diri termasuk Syatilla pun ada. Apabila fikir semula, kena juga tahu orang tu minum apa jika dia jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dulu,” katanya.

Soal pengurusan anak ternyata membuatkan Shuib, terus terkenangkan arwah isterinya yang meninggal akibat Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) pada 9 Ogos lalu.

“Arwah pernah kata, dia serahkan soal jaga Ayash Affan nanti pada saya sebab dah tak mahu bersengkang mata bagi susu atau tukar pampers seperti jaga tiga anak yang lain sebelum ni.

“Saya tak sangka, dia memang serah ‘bulat-bulat’ pada saya untuk jaga seorang diri,” katanya.

Syatilla Tawarkan Diri Untuk Jadi Ibu Susuan

” Memang fasal susu ini buat saya termenung juga. Sebab sekarang doktor kata baby minum susu tepung tapi kalau ada susu ibu, boleh bawa ke hspital.

” Itu dah soalan cepumas… susu siapa pula nak bagi.

” Ramai orang yang tawarkan termasuk Samtilla (Syatilla) pun ada. Apabila fikir balik, kena juga tahu orang itu minum apa… nanti jadi ibu susuan.

” Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dahulu,”

Ini Nasihat Ustaz Kepada Shuib Bila Pilih Wanita Jadi Ibu Susuan Ayash Affan

Shuib berkata demikian pada majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk Siti Sarah pada Rabu malam.

Majlis itu diketui oleh Fakhrul UNIC dan bacaan doa daripada pendakwah Tarmizi Abdul Rahman diikuti tazkirah oleh Shahrizan.

Ia turut disertai rakan artis seperti Zaina Zain, Hafizul Kamal, Sharnaaz Ahmad, Nabil Ahmad, Zizan Razak, Achey serta bapa Sarah iaitu Raissuddin Hamzah.

“Syila sedapnya masyAllah, saya doakan awak di permudahkan urusan dunia akhirat”-Siti Sarah

Dalam pada itu, melalui Instagram, arwah pernah menghantar pesanan suara kepada Syatilla memuji nasi daging yang di kirimkan dan turut mendoakan Syatilla sekeluarga

“1 MALAYSIA DOAKAN AKAK!”

“Ya allah kak sarah, harini 1 MALAYSIA pulak doakan urusan akak dipermudahkan dunia akhirat”

“Husnul khotimah insyaallah kak sarah rehat puas2 tido puas2!! Pasti jumpa 1hari nnti”

“Insyaallah tenanglah akak di taman syurga AL-FATIHAH ” tulsi Syatila berserta pesanan suara dari arwah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amin Idris Tegur Pasal Sijil Vaksin, Sekali Rita Rudaini Melenting dengan Amin Idris

Terkesan Dengan Pemergian Menantu Kesayangan, Ibu Mertua Dedah Rahsia Amalan Siti Sarah