in ,

Teringin Anak dari Rahim Sendiri, Achey Bocey & Isteri Bakal Jalani Rawatan IVF

Mempunyai zuriat sendiri adalah impian setiap pasangan yang berkahwin. Apatah lagi rumahtangga yang dibina sudah hampir mencecah usia sedekad.

Pasangan yang ingin mendapatkan zuriat sendiri boleh melakukan rawatan kesuburan sebagai salah satu usaha untuk mendapat cahaya mata. Salah satunya adalah rawatan In Vitro Fertilisation (IVF).

Pelawak Achey memberitahu bahawa dia mahu menjalani rawatan kesuburan menerusi proses ujian persenyawaan in vitro (IVF) bersama isteri, Nor Hasanah Yahaya sebagai salah satu usaha untuk menimang cahaya mata sendiri.

Teringin Anak dari Rahim Sendiri, Achey Bocey & Isteri Bakal Jalani Rawatan IVF

Dia yang sebelum ini telah mengambil seorang anak angkat yang kini berusia 2 tahun berkata bahawa hasrat tersebut masih lagi belum tertunai meskipun telah dirancang sejak penghujung tahun lalu.

Ini berikutan banyak komitmen kerja terpaksa ditunaikan dan dikhabarkan proses tersebut tidak boleh melibatkan perkara yang mengundang stress dalam diri pasangan yang ingin melakukan prosedur ini

“Awal bulan disember tahun lalu saya dan isteri memang ada rancang nak buat iVF.

Cuma memikirkan mungkin banyak program komedi pada hujung tahun, perancangan itu agak susah kerana nak buat proses tersebut tak boleh stres.

Sepatutnya bulan Jun lepas, tapi tuntutan kerja dan pandemik COVID-19 pula. Insyallah mungkin dalam tahun ni juga.

Kalau boleh secepat mungkin. Orang rumah pun kalau boleh nak anak dari rahim sendiri juga..”

– Achey

Dia yang ditemui media walau bagaimanapun tidak kisah sekiranya dikurniakan rezeki untuk memperoleh anak angkat lagi dan mungkin memilih anak lelaki jika diberikan peluang.

Sekadar info, Achey telah mendirikan rumah tangga dengan isterinya kini, Nor Hasanah Yahaya pada tahun 2011 yang lalu dan kini bahagia bersama seorang anak angkat perempuan bernama Tiara Zinnirah.

Teringin Anak dari Rahim Sendiri, Achey Bocey & Isteri Bakal Jalani Rawatan IVF

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Noryn Aziz Nikah Dengan Shaikh Rizal Beberapa Jam Sebelum PKPB Dilaksanakan

Gara-Gara Pengaruh Video Trick, Anak Dr Erin Telan Duit 50 Sen