in

Gara-Gara Pengaruh Video Trick, Anak Dr Erin Telan Duit 50 Sen

Selepas anak lelakinya yang berusia enam tahun bertindak menelan duit syiling selepas cuba meniru video aksi ‘trick’ yang ditonton di YouTube, Dr Erin yang juga bekas isteri kepada pendakwah bebas Da’i Farhan khabarnya cemas

Menurut Erin, anaknya itu menelan duit syiling bernilai 50 sen.

Gara-Gara Pengaruh Video Trick, Anak Dr Erin Telan Duit 50 Sen

“Tengok YouTube telan duit syiling boleh keluarkan balik, depa pun cuba telan, lepas tu tak boleh keluar balik. Haa, jem..tak ada penyakit cari penyakit.”

– Dr Erin

Menerusi posting tersebut, Erin dilihat tampil memuat naik paparan laporan x-ray yang menunjukkan kedudukan wang tersebut dalam tubuh anaknya.

Bagaimanapun, anaknya itu difahamkan sudah diberi ubat bagi membolehkan duit syiling tersebut dikeluarkan menerusi proses pembuangan najis.

Gara-Gara Pengaruh Video Trick, Anak Dr Erin Telan Duit 50 Sen

Untuk rekod, Erin mempunyai lapan orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.

Malah sebelum ini, nama Erin pernah mendapat perhatian umum selepas dirinya bertindak berkahwin dengan Da’i Farhan di Makkah secara senyap, sebelum mendakwa diceraikan pada April lalu. 

Namun begitu, beliau tidak dikurniakan cahaya mata menerusi perkahwinan kali ketiganya itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Blog Featured | 23

Teringin Anak dari Rahim Sendiri, Achey Bocey & Isteri Bakal Jalani Rawatan IVF

Ammar Alfian | 24

Ammar Alfian Bercerai Dengan Cara Tebus Talak, Bekas Isteri Diperintah Bayar RM7,000