in , ,

Rancang Kahwin di Tahun 2021, Lee Kwang Soo & Lee Sun Bin Sudah Beli Rumah

PASANGAN selebriti Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin sangat terbuka berkongsi mengenai percintaan mereka yang terjalin sejak Disember 2018 malah dikatakan mereka sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin.

Memetik laporan Lovekpop, Lee Kwang Soo dan teman wanitanya dijangka akan melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun hadapan namun tarikh majlis tersebut masih menjadi rahsia.

Bagaimanapun, beberapa sumber mengesahkan pasangan itu sudah melakukan persiapan untuk menjalani kehidupan rumah tangga dengan membeli sebuah rumah bersama.

Rancang Kahwin di Tahun 2021, Lee Kwang Soo & Lee Sun Bin Sudah Beli Rumah

Biarpun ahli Running Man dan kekasihnya masih mengunci mulut mengenai perkara tersebut namun peminat mereka meluahkan rasa teruja menantikan hari bahagia pasangan itu.

Sebelum ini, Lee Kwang Soo mengakui dia dan Lee Sun Bin lebih selesa berkongsi mengenai hubungan cinta mereka daripada menipu peminat.

“Tiada alasan yang istimewa pun, saya hanya tidak mahu diri saya menipu dan begitu juga dengan dia (Lee Sun Bin),” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sama Cantik Sama Padan, Resepsi Ikmal Amry & Isteri Meriah Dirai Teman Rapat

Terima Kecaman, Ugutan, Fitnah & Body Shaming, Wani Comel Buat Laporan Polis