in ,

Terganggu Dengan Anak Jiran, Ara Johari Lapor Pada Pegawai Keselamatan

Oleh kerana sikap prihatin dengan kejiranan rumah, penyanyi Ara Johari memilih untuk bersuara dek kerana risau dengan nasib anak jiran di tingkat atas. Apa yang sebenarnya berlaku?

Dakwa Ara, 24, anak jirannya telah dimarahi serta dipukul sehinggakan kedengaran bunyi jeritan dan tangisan.

Kata pemilik nama Nurfarrah Izzatie, sebelum ini jiran tersebut pernah membuang sampah ke kawasan balkoni rumahnya namun dia masih boleh memaafkan.

Ingat Rumah Tu Gelanggang Wrestling Ke?

Hi jiran atas, saya tak kisah awak nak pukul anak atau marah anak. Tapi teruk sangat tu awak belasah anak tu. Awak ingat rumah awak tu gelanggang wrestling ke?

Fikirlah jiran bawah sikit. Sampai ke bawah dengar bising gila. Sebelum ni hang lempar sampah plastik semua pergi bawah sampai masuk balkoni rumah aku, aku masih boleh pertimbang lagi.

Lepastu tiap hari sampai pukul 3, 4 pagi bunyi orang berlari kat atas aku boleh maafkan lagi.

Tapi sekarang ni macam dah tak boleh nak maafkan dah ni. Teruk sangat pulak kau pukul anak kau. Masalah keluarga ni sis malas campur. Tapi sis nak jadi jiran prihatin jap.

– Ara Johari
Terganggu Dengan Anak Jiran, Ara Johari Lapor Pada Pegawai Keselamatan

Itu Bukan Cara Nak Ajar Anak

Khuatir dengan nasib anak yang didakwa dipukul, pelantun lagu Bunga menghubungi pegawai keselamatan dan pemeriksaan ke rumah tersebut telah dilakukan namun tidak mendapat kerjasama.

Bagaimanapun, anak kelahiran Negeri Sembilan ini tidak teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya situasi sama berulang.

Pengawal keselamatan dah pergi check sebab takut anything happened. Tapi pengawal keselamatan cakap jiran tersebut enggan membuka pintu walaupun loceng telah ditekan beberapa kali.

Kita tengok lagi dua atau tiga hari. Kalau berulang lagi, kita akan hubungi pihak berkenaan (berwajib) sebab mengganggu ketenteraman.

Kita tak tahu dia pukul atau dera anak dia, apa yang Ara tahu owner rumah cakap anak dia memang nakal. Tapi itu bukan cara nak ajar anak, itu ja Ara boleh cakap. Siapa yang ada anak tu jangan la pukul anak.

Sumber: Instagram @arajohari

Hilang Bosan Terkurung Di Rumah

Rutin harian yang berubah secara mendadak disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meletakkan kanak-kanak dalam keadaan bingung, cemas dan tertekan.

Perunding dan Pakar Pediatrik MSU Medical Centre, Shah Alam, Dr Sharifah Aida Alhabshi, berkata PKP mempengaruhi kehidupan kesihatan mental dan emosi golongan itu yang terpaksa berada di rumah sepanjang masa.

Katanya, mereka perlu sentiasa di rumah selepas sekolah ditutup, tidak dibenarkan ziarah-menziarahi, bersiar-siar dan bermain dengan rakan sebaya.

“Pengurangan interaksi sosial sangat terhad memberi kesan amat serius terhadap kesihatan mental.

“Bagi kanak-kanak, ia mengganggu pembentukan kemahiran bersosial dan percakapan.

“Bayi dan kanak-kanak pra-sekolah amat bergantung kepada ibu bapa dalam kehidupan harian,” katanya.

Justeru, beliau berkata, ibu bapa perlu memantau situasi termasuk pembelajaran anak-anak meskipun ada yang terpaksa bekerja dari rumah dan mengurus anak kecil.

Dalam keadaan itu, tidak dapat dinafikan mungkin masa dan perhatian diberikan terganggu, sekali gus anak tidak dapat kemahiran bersosial dan berinteraksi seperti diharapkan bagi umur mereka.

Jika dibiarkan kanak-kanak dan remaja mengalami masalah tekanan mental, kesunyian cemas dan kemurungan.

“Kita dapati ramai ibu bapa menyuarakan kerisauan terhadap perubahan tingkah laku anak mereka.

“Ada yang sering mengamuk atau mengalami gangguan tidur dan paling ekstrem mencederakan diri sendiri,” katanya.

Untuk mengelak keadaan berlarutan, Dr Sharifah Aida mencadangkan supaya ibu bapa menyelitkan rutin harian keluarga dengan aktiviti bermanfaat seperti waktu makan semeja, beriadah bersama atau bermain bersama.

“Libatkan diri dengan memberi idea yang lebih kreatif supaya rutin harian tidak menjadi terlalu bosan.

“Bahagikan tugasan rumah seperti menyidai pakaian, memasak serta menyapu bersama-sama dengan anak-anak mengikut umur mereka supaya mereka boleh belajar berdikari,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa juga harus babitkan anak dengan aktiviti persekolahan mereka dengan mengambil tahu tahap pembelajaran termasuk berhubung dengan guru.

Sekiranya anak mengalami masalah memahami pembelajaran mudah mereka aturkan kelas tambahan.

Selain itu, lakukan latihan seperti memasak, menukar lampu dan membetulkan paip rosak di rumah supaya dapat membantu mereka mempraktikkan apa yang diajar di sekolah.

“Sekiranya didapati menghadapi masalah pembelajaran ketara, rujuk kepada pakar untuk mendapatkan bantuan khusus,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Koleksi Rekaan Rakyat Netflix Senaraikan Lebih 50 Filem, Siri & Animasi Buatan Malaysia

Kemaskini MySejahtera Baharu Memudahkan Paparan Status Vaksin & Risiko Seseorang