in , ,

Kemaskini MySejahtera Baharu Memudahkan Paparan Status Vaksin & Risiko Seseorang

Aplikasi MySejahtera akan ditambah baik dengan pengenalan ciri-ciri baharu bagi memudahkan penggunanya memaparkan status kesihatan mereka.

Aplikasi MySejahtera akan menerima kemaskini bermula malam ini, yang mana akan memfokuskan kepada kemudahan paparan status vaksin seseorang dan juga status risiko seseorang.

Melalui kemaskini baharu ini, ia akan memaparkan status pengguna berkenaan sama ada telah divaksin penuh atau sebaliknya pada halaman imbasan daftar masuk ke sesuatu lokasi. Malah, sekiranya berisiko, ia akan turut memaparkan butang berwarna merah yang lebih jelas berbanding pada hari ini.

Kemaskini Mysejahtera Baharu Memudahkan Paparan Status Vaksin Dan Risiko Seseorang

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia mengatakan pengenalan kemaskini ini pada MySejahtera akan memudahkan lagi urusan harian, apatah lagi dengan kita perlu hidup bersama Covid bergerak ke hadapan.

Disamping itu, beliau turut mengatakan kemaskini baharu akan diperkenalkan dalam minggu-minggu akan datang dalam terus menambah-baik aplikasi MySejahtera.

Aplikasi MySejahtera akan ditambah ciri baharu – Khairy

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu hantaran Twitternya malam ini, berkata pasukan yang dipertanggungjawabkan aka-n memulakan proses penambahbaikan malam ini juga bagi memudahkan orang ramai memaparkan tahap risiko dan status vaksinasi masing-masing.

“Ini akan memudahkan kehidupan rakyat di tengah-tengah penularan pancemik COVID. Kami akan terus mengemas kini dan menambah baik aplikasi itu dalam minggu-minggu berikutnya,” katanya.

Khairy berkata, satu ciri terbaru dalam aplikasi MySejahtera ialah butang daftar keluar yang ditambah bagi menambah baik proses pengesanan kontak.

“Sebaik saja meninggalkan satu tempat, perlu sentiasa ingat untuk daftar keluar. Anda hanya perlu menekan satu butang, tiada imbasan diperlukan,” katanya.

MySejahtera ialah aplikasi yang dibangunkan kerajaan bagi membantu menguruskan kawalan wabak COVID-19 di negara ini. – BERNAMA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ara Johari | 23

Terganggu Dengan Anak Jiran, Ara Johari Lapor Pada Pegawai Keselamatan

Ejen Ali | 24

Filem Animasi Ejen Ali Kedua Terpaksa Ditangguhkan Ekoran Pandemik Covid-19