in , ,

Koleksi Rekaan Rakyat Netflix Senaraikan Lebih 50 Filem, Siri & Animasi Buatan Malaysia

Netflix, platform penstriman terkemuka dunia hari ini melancarkan koleksi Rekaan Rakyat. Ia akan menyenaraikan pelbagai filem dan drama bersiri dari Malaysia, yang boleh dinikmati peminat di seluruh dunia menerusi Netflix.

Netflix akan membawakan banyak tajuk baru ke dalam platform mereka sepanjang bulan September dan Oktober. Koleksi Rekaan Rakyat pula akan menampilkan lebih 50 filem, siri dan animasi buatan Malaysia, seperti filem klasik ‘Leftenan Adnan’, filem aksi komedi ‘Bulan dan Pria Terhebat’, pilihan nostalgia dari kumpulan Senario dan banyak lagi.

Semua tajuk baru yang akan datang ini, akan menyertai kandungan buatan Malaysia yang telah sedia ada di Netflix, seperti filem dari pengarah Adrian Teh iaitu Paskal, Pasal Kau! dan Wira. Serta hasil tangan Yasmin Ahmad, iaitu filem Rabun, Mukhsin dan Talentime.

Filem Nostalgia Rakyat Malaysia

Netflix juga akan mengembalikan nostalgia rakyat Malaysia dengan membawakan siri kegemaran ramai suatu ketika dahulu, antaranya Best of Spanar Jaya (bermula 15 September), Best of Pi Mai Pi Mai Tang Tu (bermula 30 Oktober) dan Best of Senario Series (bermula 30 Oktober).

Koleksi Rekaan Rakyat Netflix Senaraikan Lebih 50 Filem, Siri & Animasi Buatan Malaysia

Pengguna Netflix di seluruh dunia akan boleh melihat senarai penuh koleksi Rekaan Rakyat bermula 10 September di laman www.netflix.com/RekaanRakyat. Anda boleh baca beberapa sinopsis filem yang akan tiba di koleksi Rekaan Rakyat di bawah ini:

1. Cinta (bermula 10 September)

2. Sepi (bermula 10 September)

Kisah cinta dan kesepian hidup seorang cef serta pemilik kilang kasut, sehinggalah perkara yang mengubah hidup mempertemukan mereka.

3. Susuk (bermula 13 September)

4. Lagi Lagi Senario (bermula 14 September)

Persaingan antara dua kedai makan menimbulkan banyak masalah sehinggakan pekerja mereka terpaksa bertindak keji untuk menjatuhkan lawan

5. Senario The Movie (bermula 14 September)

Tiga lelaki bertemu dan membentuk persahabatan tetapi berdepan pelbagai aksi lucu dalam perjalanan.

6. Senario Xx (bermula 14 September)

Kapal angkasa makhluk asing terhempas di Malaysia selepas diserang. Mereka menimbulkan masalah di situ, malah jatuh hati kepada manusia.

7. Spanar Jaya X: Musim 1 (bermula 30 September)

Drama bersiri popular ini dihidupkan semula, menampilkan pengurusan bengkel Spanar Jaya baharu dengan pelbagai gelagat dan telatah pekerja bersama rakan-rakan mereka.

Koleksi Rekaan Rakyat Netflix Senaraikan Lebih 50 Filem, Siri & Animasi Buatan Malaysia

Jika anda masih tidak memiliki akaun Netflix dan berminat melanggannya, ia ditawarkan dari serendah RM17/bulan untuk tontonan di peranti mudah alih sahaja, sehinggalah RM55/bulan untuk tontonan sehingga 4 peranti serentak dengan kualiti tertinggi Ultra HD. Layari www.netflix.com untuk maklumat lanjut.

Sumber: Netflix & SoyaCincau

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Senarai 12 Peserta Finalis Pencarian HERO REMAJA 2021

Terganggu Dengan Anak Jiran, Ara Johari Lapor Pada Pegawai Keselamatan