in , ,

Video Trending Idayu Duet Dengan Band Legenda Ungu TERCIPTA UNTUKKU

Konsert bukan sekadar ruang menjual vokal dan bakat semata-mata, sebaliknya ia turut menguji keupayaan seseorang penghibur dari aspek komunikasi untuk tampil lebih berkesan di atas pentas.

Aspek itu sentiasa dititikberatkan kumpulan popular Indonesia, Ungu, dalam memastikan kemunculan mereka berbekas di ingatan penonton.

Video Trending Idayu Duet Dengan Band Legenda Ungu TERCIPTA UNTUKKU Buat Whistling Power

Vokalisnya, Pasha, berkata interaksi antara penghibur dan penonton memainkan peranan besar dalam menyalur tenaga positif, sekaligus menjadi pemangkin kepada mereka memberikan persembahan terbaik.

Ditemui selepas menjayakan Konsert Terunggul Afgan & Ungu di Stadium Malawati, Shah Alam, kelmarin, Pasha berkata, pengalaman 20 tahun beraksi di pelbagai pentas membuatkan mereka matang dalam memahami selera peminat.

“Sepanjang tempoh itu, Ungu sudah menjelajah hampir seluruh Asia. Kami akui, komunikasi di antara penonton dan artis penting untuk keberkesanan sesebuah persembahan, malah turut menyumbang kepada faktor Ungu terus bertahan.

“Contohnya seperti malam ini, saya tidak begitu sihat kerana batuk. Tetapi, kekangan itu tidak menghalang saya untuk tampil terbaik kerana aura positif penonton. Sokongan hebat mereka membuatkan saya tidak puas biarpun sudah menyanyi 10 lagu,” katanya.

Katanya lagi, komunikasi secara langsung juga menjadi antara inisiatif mereka untuk terus mendekati peminat. Ia secara tidak langsung memberikan Ungu pelbagai pengisian baharu untuk memperbaiki kekurangan mereka.

Turut dibarisi Makki, Oncy, Rowman dan Enda, Ungu yang tampil dengan single terbaru, Setengah Gila, Mac lalu, berhasrat untuk mengetengahkan karya terkini khusus buat peminat setia mereka.

“Kami baru berbincang sama ada mahu menghasilkan single atau album penuh. Keputusan muktamad belum dibuat kerana masing-masing mempunyai komitmen tersendiri. Kami memerlukan kesepakatan sebelum merangka langkah seterusnya,” katanya.

Pada konsert itu, Ungu mempersembahkan himpunan lagu popular mereka seperti Tercipta Untukku, Demi Waktu, Kekasih Gelapku, Cinta Dalam Hati dan Aku Tahu selain bergabung dengan Afgan membawakan lagu Cinta Yang Lain.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Peminat Histeria di Konsert Terunggul Afgan & Ungu

Kongsi Resipi Sihat Atlet Negara Dalam Program SELERA SEMPOI