in ,

Idayu Hamil Lima Bulan

Selepas sekian lama menanti akhirnya juara program AF Megastar 2017, Idayu Yaakob, 35, mengesahkan hamil anak pertama.

Biarpun sudah enam tahun mendirikan rumah tangga dengan suami, Shahrul Fadzil, namun Idayu atau nama sebenarnya, Nur Farah Idayu Yaakob reda dengan ketentuan Allah.

Idayu berkata, usia kandungannya kini sudah melebihi lima bulan.

“Penantian yang panjang pasti terselit hikmah yang berharga. Ada masanya, saya tewas dengan rasa sedih kenapa Allah tidak mengurniakan rezeki berbadan dua dengan lebih awal.

“Bohonglah, kalau saya tak rasa rimas jika persoalan bila nak dapat anak. Cuma, saya enggan sesekali berputus asa dan terus berusaha.

“Namun, percaturan dan kuasa Allah itu lebih baik. Saya dan suami bersyukur atas kurniaan ini, walaupun sudah bertahun-tahun menanti. Di sebalik diuji pandemik COVID 19, saya beroleh nikmat hamil.

“Saya dan suami inilah waktu paling tepat untuk menimang cahaya mata. Kami akan sentiasa mensyukuri setiap detik ini. Moga dipermudahkan,” kata bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu.

Idayu berkata, dia dijangka melahirkan anak sulungnya pada Mei depan.

“Jujur jika tanya soal jantina, saya tak fikir langsung lelaki atau perempuan. Allah beri peluang merasai nikmat menjadi seorang ibu pun sudah besar rahmat buat saya.

“Moga bayi kami dilahirkan sihat dan sempurna,” katanya.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

DJ Lin Terima Kejutan dari Peminat di Hari Ulangtahun Kelahiran Ke-45 Tahun

Fazura & Fattah Amin Dedah Wajah Anak Kali Pertama di Awal Tahun Baru 2021