in

Tentang Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018

Hari Kemerdekaan dah makin dekat. Di awal bulan Ogos nampaknya banyak sekali event dan acara serta sidang media sempena Merdeka diadakan. Sana sini kempen untuk mencintai negara Malaysia semakin diperhebatkan.

Terbaru, pada petang tadi, Budiey berkesempatan untuk hadir di Sidang Media Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018 yang berlangsung di Ibu Pejabat MBPJ.

Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018

Acara ini secara berturut-turut diadakan untuk tahun kedua. Khabarnya kali pertama diadakan pada tahun 2017, acara ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Kerana itulah, acara ini diadakan sekali lagi untuk menyemarakkan lagi sambutan Kemerdekaan pada tahun ini.

Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018

Acara ini dianjurkan di sekitar Petaling Jaya, Selangor oleh kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Permadam) Selangor.

Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018

Mungkin ramai yang masih baru mendengar tentang Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018 ini. Okay, Budiey ceritakan dulu sedikit matlamat atau tujuan ianya diadakan. Pastinya, acara ini dirancang untuk menggalakkan masyarakat khususnya golongan beliau untuk berkongsi semangat kebangsaan mereka melalui nyanyian. Ia menjurus kepada aktiviti yang sihat dan sekurang-kurangnya mampu melahirkan generasi yang mempunyai semangat kebangsaan dan cintakan tanahair. Dengan adanya acara ini juga kita dapat membendung gejala yang tidak sihat seperti dadah yang menjadi musuh utama negara.

Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018

Petaling Jaya dipilih sebagai lokasi untuk acara ini sudah tentu mengalu-alukan semua yang berminat untuk menyertainya memandangkan ia adalah sebuah Kota Seni di negeri Selangor. Budiey kira lokasi ini sangat sesuai memandangkan ianya terletak di pusat bandaraya. Tahun ini sahaja, banyak sekali acara dan aktiviti kesenian dan kebudayaan diadakan oleh MBPJ.  Jadi, sudah tentu dengan adanya SNPS 2018 adalah salah satu program keseniaan yang bakal mengangkat Kota Seni Petaling Jaya dengan lebih cemerlang dan terbilang.

Untuk pengetahuan pembaca, SNPS 2018 terbahagi kepada tiga kategori iaitu bawah 12 tahun, bawah 18 tahun dan 19 tahun ke atas (terbuka)samada secara solo, duet dan berkumpulan.

Kepada korang yang berminat, Budiey cadangkan bolehlah menyertainya dengan mendaftar secara online terlebih dahulu sebelum 12 Ogos 2018 dan pendaftaran dibuat secara percuma. Borang pendaftaran boleh didapati di laman Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau laman Facebook Pemadan Negeri Selangor.

Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018

Para peserta juga boleh menghubungi terus pihak penganjur melalui WhatsApp di talian 016 680 6489 dan pautan Borang Pendaftaran akan diberikan melalui WhatsApp. Haa, senang je kan? Tak sampai 3 minit sahaja untuk mengisi borang.

Kemudian, borang yang diisi dengan lengkap itu boleh dihantar melalui emel: [email protected]

Para peserta yang mendaftar akan menerima emel pengesahan untuk ujian saringan yang akan berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu pada 18 dan 19 Ogos 2018 (Sabtu dan Ahad) bermula jam 8 pagi bertempat di Kompleks Arena Petaling Jaya (Pusat Rakan Muda). Ujian saringan ini akan diadili oleh tiga juri profesional yang terdiri dari penyanyi dan komposer Korie Aminuddin, pengurus artis lagenda Jojie Aminuddin dan guru vokal Sarah Ismail.

Empat peserta terbaik dari setiap kategori akan melangkah ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 22 September 2018 (Sabtu) bermula jam 8.30 malam bertempat di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. Sekali lagi mereka ini akan diadili oleh juri yang sama. Pada malam itu, seorang penyanyi terkenal, Azharina akan turut mempersembahkan lagu-lagu patriotik untuk menyemarakkan lagi suasana malam SNPS 2018.

Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018

Selain Azharina, komposer dan penyanyi Korie yang juga juri profesional akan mempersembahkan lagu beliau. Bakat baru Dylea serta selebriti YouTube terkenal, Fauzi Yusoff atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Gee akan membuat persembahan lagu rakyat ketika pembukaan pertandingan akhir SNPS 2018. Masuk adalah percuma melalui sistem bertiket. Untuk mendapatkan tiket percuma (tiket adalah terhad), sila hubungi 016 680 6489 atau email di [email protected]

Senarai lagu lagu yang dipertandingkan :

1. Warna Warna Malaysiaku – Datuk Siti Nurhaliza
2. Standing In The Eyes of the World – Ella
3. Anak Merdeka – Ella & The Boys
4. Dirgahayu Tanah Airku – Lagu Rakyat
5. Dikir Puteri – Noraniza Idris
6. Anak Malaysia – Aris Ariwatan
7. Warisan – Datuk Sudirman
8. Hijau Bumi Tuhan – XPDC
9. Sejahtera Malaysia – Zurin Aziz / Roy
10. Hijau – Datuk Zainal Abidin
11. Lagenda – Datuk Sheila Majid
12. Sehati Sejiwa – Alif Satar
13. Gemuruh – Faizal Tahir
14. Arjuna Beta – Fynn Jamal
15. Bahtera Merdeka – Aishah
16. Assalamualaikum – Faizal Tahir
17. Ghazal Untuk Rabiah – Datuk Jamal Abdillah
18. Terbang Tunduk – Fynn Jamal
19. Malaysia – Faizal Tahir
20. Mentera Semerah Padi – Datuk M.Nasir

Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018

Senarai hadiah para pemenang berjumlah RM 10,450.00 (jumlah terkumpul) :

Bawah 12 tahun Bawah 18 tahun 19 tahun ke atas
1. RM 1000 1. RM 1500 1. RM 2500
2. RM 700 2. RM 1000 2. RM 1500
3. RM 400 3. RM 500 3. RM 700
4. RM 150 4. RM 200 4. RM 300

Kepada yang berbakat dalam bidang nyanyian, apa kata bolehlah menyertainya sekarang. Apa tunggu lagi!

Good luck semua!

Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018

Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018

Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018

Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018

Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018

Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Misi Tumpaskan Penipuan Dalam Filem MASTER LIVE ACTION

Peraduan Jom Menonton Filem CRAZY RICH ASIANS