in , ,

Misi Tumpaskan Penipuan Dalam Filem MASTER LIVE ACTION

Tidak dinafikan keterujaan seseorang untuk kaya dalam masa yang singkat membuatkan mereka seringkali terlupa bahawa setiap kemewahan atau kejayaan itu bukanlah dapat diperolehi dalam sekelip mata.

Pada masa sama kealpaan orang ramai ini membuka ruang jenayah penipuan makin berleluasa. Prihatin dengan situasi ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak orang ramai berkongsi pengajaran yang bakal diperolehi berkaitan teknik penipuan ini dalam tayangan filem yang dibintangi oleh Kang Dong Won, Lee Byung Hun dan Kim Woo Bin serta disutradarai oleh Cho Ui Seok.

Mengisi slot Layar Asia pada 4 Ogos ini, pukul 10.30 malam di TV2, ia menonjolkan misi seorang pegawai polis untuk menumpaskan penjenayah yang menipu ramai mangsa. 

Filem MASTER LIVE ACTION

Misi Tumpaskan Penipuan Dalam Filem Korea MASTER LIVE ACTION di TV2

Menerusi filem diberi tajuk “Master Live Action”ini, penonton diajak berkongsi plot kisah yang realitinya berlaku dalam kalangan masyarakat kita melibatkan sebuah pasukan penyiasat yang diketuai oleh seorang pegawai polis menyiasat sebuah syarikat yang terlibat dalam kes penipuan secara besar besaran. Bagi menjayakan misi ini, pasukan penyiasat telah mendapat bantuan dari seorang pekerja kepercayaan syarikat berkenaan. Namun individu tersebut menawarkan syarat dirinya dikecualikan daripada hukuman sebagai balasan dan dirinya dibebaskan daripada didakwa.  

Kisahnya bermula dengan watakJin Hyun Pil mengetuai sebuah syarikat pemasaran pelbagai peringkat (multi level marketing) dipanggil ‘One Network Inc.’ dengan mempunyai rangkaian luas seluruh Korea. 

Sementara itu Ketua Penyiasatan Jenayah Intelektual, Kim Jae-myung, mengesyaki syarikat ini menjalankan penipuan dalam perniagaannya dan mengesyaki hubungan baik Hyun dengan ahli politik dan birokrat telah membantu syarikat ini menutup penipuan yang dilakukan. 

Justeru bagi mendedahkan penipuan pihak polis telah berjaya memujuk seorang anggota kanan syarikat berkenaan (Park Jang-gun) memberikan maklumat dengan balasan terlepas daripada hukuman. Dengan bantuannya pihak polis telah berjaya membongkar penipuan syarikat One Network Inc.

Malangnya berita itu telah sampai dahulu kepada pengetahuan Jin Hyun Pil yang kemudiannya berjaya melarikan diri daripada ditangkap. 

Filem MASTER LIVE ACTION

Namun hasil kepintaran dan kelicikan anggota polis di ketuai Kim Jae-myung dan bantuan Park Jang Gun bertindak mengesan Jin Hyun Pil di luar negara telah berjaya mematahkan rancangan jahatnya.

Pada masa sama Jin Hyun Pil didesak agar mengembalikan wang orang ramai yang teraniaya akibat melabur di dalam syarikat One Network Inc.

Begitu pun adakah percubaan untuk memastikan Jin Hyun Pil memulangkan wang mereka berjaya?  Lalu bagaiamanakah kesudahannya?

Filem MASTER LIVE ACTION

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Sufie Rashid Alami Kemalangan, Kereta Mewah Remuk Teruk

Tentang Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018