in , ,

Peraduan Jom Menonton Filem CRAZY RICH ASIANS

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang sentiasa melayari blog ini!  

Mahukah anda menghadiri Tayangan Premiere CRAZY RICH ASIANS – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, cukup istimewa buat pembaca Budiey.com, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 20 Ogos 2018 (Hari Isnin) di GSC Mid Valley.

Poster CRAZY RICH ASIANS

Masih ingat lagi beberapa bulan lalu, satu sejarah terlakar buat pelakon berdarah Iban, Henry Golding apabila beliau muncul sebagai tetamu dalam rancangan bual bicara popular di Amerika Syarikat (AS), The Ellen DeGeneres Show. Aktor kacak ini telah berkongsi keterujaannya bertemu personaliti televisyen, Ellen DeGeneres, yang menemubualnya dalam rancangan berkenaan sebagai sebahagian daripada promosi filem lakonannya, CRAZY RICH ASIANS.

Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem yang romantik komedi yang berjudul CRAZY RICH ASIANS. Sebuah filem yang penuh dengan babak-babak drama yang sungguh menarik. Filem ini diadaptasi dari novel karangan Kevin Kwan yang diterbitkan pada Jun 2013.

Kebanyakan pelakon dalam filem ini merupakan pelakon yang berasal dari Asia, dan boleh Budiey katakan ini adalah filem Hollywood pertama yang hampir seluruh pelakonnya merupakan orang Asia.

Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem CRAZY RICH ASIANS arahan Jon M. Chu yang mempunyai jalan cerita yang sungguh menarik ini.

Filem ini dibintangi oleh beberapa bintang filem ternama seperti Constance Wu, Henry Golding, Gemma Chan, Lisa Lu, Awkwafina, Sonoya Mizuno, Chris Pang, Jimmy O. Yang, Ronny Chieng, Remi Hii, Nico Santos, Jing Lusi,with Ken Jeong dan Michelle Yeoh

Filem CRAZY RICH ASIANS menceritakan tentang Rachel Chu, seorang keturunan Cina yang setuju untuk pergi ke rumah kekasihnya Nick, di Singapura. Mulanya dia membayangkan akan pergi ke rumah yang sederhana dan menghabiskan waktu dengan kekasih yang ingin dinikahinya itu. Tapi, sesampainya di Singapura, Rachel tidak pernah menduga bahawa rumah keluarga Nick sangat mewah dan kaya raya seperti istana.

Perjalanannya tidak sampai disitu, Rachel harus menghadapi Ibu Nick yang berpandangan bahwa anak lelakinya tidak boleh menikahi seorang gadis biasa sepertinya. Lebih-lebih lagi apabila wujudnya seorang gadis bernama Astrid yang terkenal di Hong Kong. Apakah kisah cinta antara Nick dan Rachel dapat bertahan di tengah perbedaan kelas ekonomi yang mereka miliki?

Filem CRAZY RICH ASIANS akan ditayangkan di pawagam mulai 22 Ogos 2018, oleh Warner Bros. Pictures, Warner Entertainment Company.

Poster CRAZY RICH ASIANS

Peraduan Tayangan Premiere Filem CRAZY RICH ASIANS

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 120 tiket untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

20 Ogos 2018 (Hari Isnin)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.45 malam

Tempat:

GSC Mid Valley

Sebanyak 120 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere CRAZY RICH ASIANS – Budiey.com di GSC Mid Valley. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #CrazyRichAsiansMY

CRAZY RICH ASIANS

1. Sila klik butang SHARE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #CrazyRichAsiansMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Namakan pelakon yang memegang watak Rachel Chu dalam filem ini.
  2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere Filem CRAZY RICH ASIANS  – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter & Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere CRAZY RICH ASIANS – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

19 Ogos 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 22 Ogos 2018 di pawagam.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia  follow Instagram: www.instagram.com/warnerbrosmalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tentang Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018

Video Muzik HAJAT Hael Husaini Trending N0.1 di Youtube Malaysia