in

Tentang Kempen WIN A CAR Boost x 11street

Kempen ‘Win A Car’ Boost x 11street yang berlangsung dari 28 September hingga 30 November menyaksikan kejayaan sebanyak 40,000 urus niaga serta peningkatan sebanyak 127% dalam Nilai Dagangan Kasar (GMV) di 11street.

Kadar purata nilai tempahan sebanyak RM68, melebihi kadar kelayakan minimum bernilai RM40 dan terdapat peningkatan bilangan pelanggan yang menggunakan Boost sebagai kaedah pembayaran pilihan.

11street (www.11street.my), salah sebuah pasaran dalam talian terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menjayakan kerjasama strategik bersama Boost, peneraju dalam industri eDompet negara yang mempunyai lebih 3.4 juta pengguna.

Boost X 11Street - Win A Car Campaign

Pelanggan Dalam Talian Raih Ganjaran

Perkongsian yang memberangsangkan itu bermula dengan 37,000 tempahan yang diterima daripada lebih 17,000 pelanggan yang membawa kepada 40,000 transaksi yang berjaya. Transaksi berkenaan seterusnya menghasilkan purata nilai tempahan sebanyak RM68, melebihi nilai kelayakan minimum RM40 di bawah terma penyertaan kempen ‘Win A Car’ Boost x 11street.

Selain itu, 11street juga melihat kenaikan sebanyak 127% dalam Nilai Dagangan Kasar (GMV) ekoran peningkatan bilangan pelanggan yang membuat pembelian menerusi aplikasi eDompet Boost sepanjang tempoh kempen selama dua bulan berkenaan.

Tiga (3) kategori utama yang mencatatkan bilangan tertinggi jualan sepanjang kempen ‘Win A A Car’ tersebut adalah eBaucar, Makanan & Minuman serta Barangan Runcit menerusi item-item terlaris sepanjang kempen berlangsung, seperti eBaucar Petronas, tambah nilai pelan prabayar Xpax dan minuman kegemaran rakyat, Milo.

Kategori-kategori barangan yang laris di kalangan pembeli merupakan satu penunjuk bahawa pembelian dalam talian semakin menjadi aspek penting dalam gaya hidup rakyat Malaysia memandangkan lebih ramai pelanggan kian memilih dan mencari tawaran segera, mudah dan memberikan nilai terbaik pada pembelian.

Kempen ‘Win A Car’ yang diumumkan sewaktu pelancaran kerjasama antara Boost dan 11street pada September lalu, menawarkan pelanggan peluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM86,000.

Antara hadiah menarik yang berjaya diraih pelanggan bertuah pada kempen ini adalah peranti pintar Huawei Mate 10 Pro, Apple Watch Series 3, Xiaomi Band 3, konsol PS4 Slim 500GB, kupon beli-belah 11street bernilai RM50 dan hadiah utama yang berupa sebuah kereta baharu!

Boost X 11Street - Win A Car Campaign

Christopher Tiffin, Ketua Pegawai Eksekutif Boost berkata,

“Sejak kebelakangan ini, kami melihat terdapat perubahan yang beransur-ansur dalam kaedah pembelian pelanggan dan jelas dilihat bahawa telefon mudah alih merupakan kemudahan penting dalam menyempurnakan urusan harian.

“Ia merupakan salah satu daripada matlamat utama kami menerusi usaha sama ini dan kami amat gembira melihat peningkatan signifikan dalam bilangan pelanggan 11street yang menggunakan kaedah pembayaran Boost melalui jalinan strategik ini. Kami sentiasa berusaha untuk memudahkan pengalaman membeli-belah dalam talian, di samping mempercepatkan proses kepada para pelanggan kami. Malah, 40,000 urus niaga yang berjaya daripada 17,000 pelanggan yang dicapai sepanjang kempen ini membuktikan bahawa kami berada pada landasan yang betul.”

Boost X 11Street - Win A Car Campaign

CHEONG Chia Chou, Ketua Pegawai Eksekutif 11street menambah:

“Dengan pencapaian ini, kami amat teruja untuk melihat bagaimana perkongsian ini dapat membuka ruang pada masa hadapan oleh kerana ia telah terbukti memberikan hasil yang memberangsangkan bagi 11street dan Boost. Kami percaya kejayaan ini disebabkan oleh hakikat bahawa kedua-dua syarikat berkongsi misi dalam menyediakan yang terbaik kepada para pelanggan dan ia akan kekal menjadi misi kami. Usaha sama dengan Boost merupakan permulaan kepada suatu yang lebih besar dalam ekosistem digital kami. Oleh itu, pastikan anda sentiasa bersedia untuknya.”

Kejayaan usaha sama antara Boost dan 11street juga merupakan penunjuk kepada nilai suatu kemudahan dalam masyarakat hari ini. Daripada mampu membuat pembelian tanpa perlu meninggalkan keselesaan rumah sehingga membuat pembayaran tanpa bergantung pada wang tunai mahupun kad kredit, segalanya kini berada di hujung jari pelanggan.

Chia Shanq Yeet, pemenang bertuah sebuah kereta Perodua Myvi baharu berkongsi pandangannya,

“Keupayaan untuk membeli barangan daripada keselesaan rumah sendiri telah memberikan saya peluang untuk menyempurnakan lebih banyak urusan dalam masa yang lebih singkat. Selain itu, saya tidak perlu sentiasa memasukkan butiran peribadi untuk melengkapkan transaksi dalam talian saya. Memenangi sebuah kereta Perodua Myvi baharu merupakan satu kejutan yang menggembirakan dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Boost dan 11street untuk pengakhiran sempurna tahun 2018 bagi saya. Saya tidak sabar menantikan lebih banyak tawaran dan kempen menarik oleh Boost dan 11street.”

Pelanggan boleh memuat turun aplikasi Boost dan 11street menerusi Google Play Store atau App Store.

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana aplikasi Boost berfungsi di platform atau aplikasi 11street, sila layari laman FAQ 11street di sini.

Maklumat lanjut berkenaan Pelancaran Usaha Sama Boost dan 11street pada 28 September 2018 boleh dimuat turun di sini.

Mengenai 11street (www.11street.my)

11street merupakan pasaran dalam talian yang boleh dipercayai dan mudah yang menawarkan pelbagai pilihan produk pada harga yang kompetitif. Ia bermatlamat untuk merevolusikan pengalaman membeli-belah dalam talian dengan menjadikannya lebih khusus dan menarik. 11street mempunyai pilihan meluas kategori produk yang terdiri daripada Fesyen, Elektronik, Barangan Keperluan, Kesihatan & Kecantikan, Kanak-kanak & Bayi, Riadah & Sukan, Kediaman & Gaya Hidup serta Buku & Perkhidmatan, termasuk tawaran menarik seperti e-baucar. 11street juga adalah sebuah pasaran yang optimum, yang mana ekosistem pembarangan, pendidikan dan program latihannya mampu memberi sokongan kepada penjual terlibat tanpa mengira saiz perniagaan mereka. Ditubuhkan di Korea sejak tahun 2008, 11street kini merupakan salah satu daripada penyedia pasaran e-dagangan terkemuka dunia dengan 400,000 penjual yang menyediakan khidmat kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh dunia. 11street di Malaysia dioperasi oleh Celcom Planet Sdn. Bhd. – usaha sama diantara Axiata Digital Services Sdn. Bhd., SK Planet Ltd, dan PUC Ventures Sdn. Bhd. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.11street.my

Tentang-Boost

Boost adalah dompet gaya hidup mudah alih yang bertujuan untuk merevolusikan cara pengguna berurus niaga setiap hari. Menggabungkan keperluan gaya hidup dengan teknologi digital canggih, Boost berusaha untuk menjadikan transaksi lebih mudah, pantas, lebih selamat & secara keseluruhannya pengalaman yang lebih berbaloi bagi pengguna.

Boost dilancarkan secara rasmi pada Januari 2017, sebagai sesuatu platform yang mendigitalkan salah satu perkhidmatan teras telekomunikasi – iaitu cara pengguna prabayar menambah nilai kredit mudah alih mereka. Lebih daripada 3.4 juta pengguna Boost kini boleh membayar di lebih daripada 80,000 lokasi di seluruh negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Finalis Anugerah Juara Lagu 33 Terungkai

Senarai Program Menarik di Astro Sempena Cuti Sekolah