in

Senarai Program Menarik di Astro Sempena Cuti Sekolah

Berhibur Pada Musim Cuti Persekolahan Dengan Program-Program Menarik di Astro! Musim terbaharu animasi popular tempatan dan filem antarabangsa terbaik dominasi seleksi rancangan cuti sekolah di Astro.

Cuti sekolah kembali lagi! Sempena meraikan musim cuti persekolahan yang baharu sahaja bermula, Astro membawakan pelbagai rancangan dan filem menghiburkan yang terdiri daripada beberapa genre seperti animasi, komedi, fantasi dan drama selari dengan citarasa penonton terutamanya segmen kanak-kanak dan remaja. Malahan, sajian rancangan ini juga sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Poster_A1_Potrait

Astro Ceria, saluran kanak-kanak nombor satu di Malaysia menyediakan pelbagai rancangan animasi terbaik untuk menceriakan masa lapang pada musim persekolahan ini. Antaranya adalah buah tangan terbaharu Didi & Friends iaitu ‘Lagu Kanak-Kanak Didi & Friends Musim 3’ (bersiaran pada setiap hari, jam 8.00 pagi dan 3.00 petang) yang memperkenalkan rakan-rakan baharu Didi beserta dendangan 39 buah lagu rakyat dari seluruh dunia.

Selain itu, animasi Omar & Hana membawakan ‘Omar & Hana Musim 2’ (bersiaran pada setiap hari, jam 11.30 pagi dan 6.00 petang) di mana turut menampilkan lagu-lagu baharu yang menggalakkan penonton menyanyi dan bermain sambil belajar menerusi nyanyian lagu-lagu Islamik.

Omar & Hana

Tawaran rancangan animasi di Astro Ceria turut diperhebatkan dengan pengenalan slot ‘Lepak @ Les’ Copaque’ yang menghimpunkan rancangan animasi terbitan Les’ Copaque iaitu ‘Upin & Ipin’, ‘Pada Zaman Dahulu’ dan ‘Puteri’. Menerusi slot yang akan bersiaran pada setiap hari, jam 1.00 petang ini, penonton akan dapat menyaksikan siri terbaharu animasi Upin & Ipin iaitu ‘Upin & Ipin Iqra’ yang mengisahkan dua beradik kembar dan rakan-rakan mereka menghadiri kelas bacaan Al-Quran bersama Ustaz Sheikh Karem Al Makki.

Selain itu, animasi ‘Pada Zaman Dahulu’ juga kembali dengan musim terbaharu dengan mengangkat kisah-kisah rakyat yang menghiburkan serta sarat dengan teladan seperti kisah ‘Sang Kancil & Singa’, ‘Kisah Bangau’, ‘Ayam & Musang’ dan banyak lagi. Animasi ‘Puteri’ pula mengisahkan kehidupan lima orang puteri di Kerajaan Limau yang ditugaskan untuk menjaga keamanan negara dengan menggunakan keistimewaan yang dimiliki masing-masing.

Puteri

Seleksi rancangan sempena musim cuti persekolahan di Astro turut diperhebatkan lagi dengan kehadiran beberapa filem antarabangsa popular yang disiarkan di saluran HBO seperti ‘Finding Dory’ (bermula pada 1 Disember jam 4:55 petang) dan ‘Paddington 2’ (bermula 22 Disember, jam 9.00 malam). Di saluran DIVA pula, penonton berpeluang menonton filem ‘Minions’ (bermula 6 Disember, jam 9.55 malam), ‘Mr. Bean’s Holiday’ (bermula 13 Disember, jam 9.55 malam) dan ‘Despicable Me 2’ (bermula 20 Disember, jam 9.55 malam).

Bagi memberi lebih pilihan dan fleksibiliti kepada penonton, mereka turut boleh menonton rancangan musim persekolahan pada bila-bila masa dan di mana sahaja secara atas talian menerusi perkhidmatan ‘on demand’. Antara rancangan yang boleh didapati di ‘on demand’ adalah ‘Spongebob Squarepants’, ‘Mickey Mouse Clubhouse’, ‘Ben10: Omniverse’, ‘Didi & Friends’, ‘Cam & Leon’, ‘Geng Bas Sekolah’, ‘Omar & Hana’ serta rancangan kartun berbahasa Tamil, ‘Adventures of Motu Patlu’ dan ‘Bommi Good and Bad Touch’. Tidak ketinggalan, rancangan kartun berbahasa Mandarin yang baharu iaitu ‘New Tong Tong’s Wonderland Musim 2′, ‘All New Jackie Chan’s Adventures’ dan ‘The Five Elves: A Magical Journey’ turut boleh didapati di ‘on demand’.

Selain menonton rancangan yang ditawarkan, kanak-kanak dan remaja boleh meluangkan masa bermain pelbagai jenis permainan atas talian di laman web Eksplora Ceria (https://eksploraceria.astro.com.my/landing). Setiap permainan di Eksplora Ceria bertemakan rancangan di Astro seperti ‘Didi & Friends’, ‘Omar & Hana,’ ‘Cam & Leon’ dan ‘Suatukala’. Mereka turut berpeluang memenangi hadiah mingguan menarik dengan mengumpul mata daripada setiap permainan yang dimain.

Anda juga dijemput untuk memeriahkan acara tahunan Astro, ‘Fun Escaped’ di musim cuti persekolahan ini di pusat membeli belah Sunway Pyramid (Orang Atrium) mulai 7 – 9 Disember, 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuklah kemunculan istimewa ‘Pink Fong Baby Shark’, ‘Didi & Friends’, ‘Omar & Hana’, ‘Cheek-e’, ‘SpongeBob & Patrick’, ‘Club Mickey Mouse’ dan banyak lagi. Masuk adalah percuma!

Adventures of Motu Patlu

PROGRAM CUTI SEKOLAH DI ASTRO

LAGU KANAK-KANAK DIDI & FRIENDS MUSIM 3
Astro Ceria (saluran 611), bermula 1 Disember, jam 8 pagi dan 3 petang

Didi & Friends musim terbaharu kini bermula! Kali ini, Didi & Friends memperkenalkan 39 buah lagu baharu termasuklah lagu rakyat seluruh dunia, rakan-rakan dan dunia baharu Didi.

OMAR & HANA MUSIM 2
Astro Ceria (saluran 611), bermula 1 Disember, jam 11.30 pagi & 6 petang

Jom sertai Omar & Hana, keluarga serta rakan-rakan menyanyi, bermain sambil belajar dengan lagu-lagu islamik. Alhamdulillah!

UPIN & IPIN IQRA’
Astro Ceria (saluran 611), bermula 30 November, jam 6.30 petang

Siri ini mengisahkan Upin, Ipin dan rakan-rakan menghadiri kelas bacaan Al-Quran bersama Ustaz Sheikh Karem Al Makki untuk mengisi masa lapang mereka semasa cuti sekolah. Disamping mengajar cara bacaan yang betul, Ustaz Sheikh juga akan berkongsi mengenai makna serta kisah disebalik surah yang dipelajari.
PADA ZAMAN DAHULU
Astro Ceria (saluran 611), bermula 23 November, jam 1 petang

Pada Zaman Dahulu musim ketiga menampilkan pelbagai watak animasi binatang yang baharu dan lebih kelakar. Antaranya, Sang Singa yang kacak, Si Helang yang bergaya, Belalang si ahli muzik dan banyak lagi watak baharu dengan keistimewaannya yang tersendiri. Tidak dilupakan, Aki dengan peribahasanya dalam mendidik Aris dan Ara, semakin diperkaya dengan nilai ketimuran.

PUTERI
Astro Ceria (saluran 611), bermula 23 November, jam 1 petang

Siri Puteri mengisahkan kehidupan lima orang puteri di Kerajaan Limau. Kelima-lima puteri ini mempunyai keistimewaan tersendiri yang digunakan bagi menjaga keamanan dan kestabilan Kerajaan Limau daripada serangan kerajaan luar, raksasa dan kuasa sihir.

FINDING DORY
HBO (saluran 411 & 431), 1 Disember, jam 4:55 petang

Dory, ikan yang mesra tetapi sering lupa memulakan misi pencarian ibu bapanya yang sudah lama hilang. Dalam misi tersebut, Dory dan rakan-rakan menghadapi pelbagai cabaran yang mengajar mereka erti kekeluargaan.

PADDINGTON 2
HBO (saluran 411 & 431), 22 Disember, jam 9:00 malam

Paddington menjumpai sebuah buku di sebuah kedai antik ketika mencari hadiah. Buku itu tiba-tiba dicuri dan Paddington serta rakan-rakan berusaha mencari buku serta pencuri tersebut.

MINIONS
DIVA (saluran 702 & 723), 6 Disember, jam 9:55 malam

Minions, sebuah filem animasi lucu yang memaparkan kisah Minions mencari majikan yang jahat untuk mereka berkhidmat.

MR. BEAN’S HOLIDAY
DIVA (saluran 702 & 723), 13 Disember, jam 9:55 malam

Mr. Bean bercuti di selatan Perancis untuk mencari ketenangan di Riviera. Walau bagaimanapun, perjalanannya tidak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang apabila dia terpaksa menghadapi situasi yang tidak dijangka.

DESPICABLE ME 2
DIVA (saluran 702 & 723), 20 Disember, jam 9:55 malam

Gru yang telah meninggalkan kehidupan jenayahnya untuk membesarkan Margo, Agnes dan Edith, cuba untuk mencari pekerjaan demi menampung keluarganya. Dalam pada itu, dia menerima arahan daripada Liga Anti-Penjahat – sebuah organisasi yang didedikasi untuk memerangi kejahatan, untuk dia menyertai sebuah misi menangkap penjahat.

SPONGEBOB SQUAREPANTS
on demand

Spongebob tinggal di sebuah rumah berbentuk nanas bersama siput peliharaannya, Gary, di kota Bikini Bottom yang terletak di Lautan Pasifik. Dia bekerja sebagai tukang masak di restoran Krusty Krab. Seringkali SpongeBob terjebak dalam masalah dengan sahabatnya, Patrick. Jirannya, Squidward merupakan seorang yang sombong dan tidak menyukai SpongeBob kerana tingkah lakunya yang seperti kanak-kanak.

MICKEY MOUSE CLUBHOUSE
on demand

Mickey dan kawan-kawannya, Minnie, Donald, Pluto, Daisy, Goofy, Pete, Clarabelle dan ramai lagi mengikuti pengembaraan berbentuk pendidikan.

BEN10: OMNIVERSE
on demand

Dengan bantuan daripada rakan kongsi baharu dan rakan-rakan, Ben menyelidik kawasan asing dan mendapati musuh-musuhnya dari masa lalunya ingin bertarung semula. Dalam masa yang sama, seorang pemburu misteri muncul. Siapakah beliau?

DIDI & FRIENDS
on demand

Didi & Friends membawakan lagu kanak-kanak yang berusia dari 2 hingga 5 tahun. Jom belajar dan menyanyi bersama Didi, Nana & Jojo dalam pengembaraan harian dengan kawan-kawan mereka di musim baharu. Hora Horey!

CAM & LEON
On demand

Rancangan ini mengisahkan Cam & Leon, yang suka hidup di taman dalam sebuah bandar, jauh dari habitat semula jadi mereka.

GENG BAS SEKOLAH
On demand

5 sekawan menaiki bas sekolah yang sama, saling menjalin persahabatan dan menubuhkan kumpulan yang membantu menyelesaikan masalah-masalah sosial pelajar sewaktu di sekolah dan juga di luar bilik darjah.

OMAR & HANA
On demand

Mari sertai Omar & Hana, keluarga serta rakan-rakannya menyanyi dan bermain sambil belajar lagu-lagu islamik. Alhamdullilah!

(XTY) All New Jackie Chan's Adventures

ADVENTURES OF MOTU PATLU
On demand

Siri animasi ini mengisahkan dua sahabat, Motu dan Patlu, yang tinggal di sebuah kota, Furfuri Nagar.

BOMMI GOOD AND BAD TOUCH
On demand

Rancangan ini memaparkan demonstrasi ringkas untuk mengajar kanak-kanak tentang konsep dan kepentingan ‘Sentuhan Baik dan Sentuhan Buruk’.
NEW TONG TONG’S WONDERLAND S2
On demand

Musim baharu menyajikan 27 lagu baharu! Sertai enam adik-beradik yang pintar dan bertenaga, dalam menyanyikan lagu kanak-kanak sambil menari, bercerita disamping menambah ilmu pengetahuan serta perbendaharaan kata.

ALL NEW JACKIE CHAN’S ADVENTURES
on demand

Superstar Jackie Chan menjadi pengeluar eksekutif dalam pengembaraan animasi ini di mana penjaga J-Team melawan seorang profesor jahat yang mencipta kapsul raksasa daripada tabiat buruk kanak-kanak.

THE FIVE ELVES: A MAGICAL JOURNEY
on demand

Siri animasi 3D cina pertama di Malaysia yang dihasilkan oleh XTY menceritakan kisah Little V, yang menerima anak patung istimewa semasa dia bertemu seorang raja dari planet Naga Air.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tentang Kempen WIN A CAR Boost x 11street

Ini Sebab Fasha Sandha Mahu Bantu Benjy di Penjara