in ,

Finalis Anugerah Juara Lagu 33 Terungkai

Muzik Muzik 33 Separuh Akhir telah melabuhkan tirainya dan menyenaraikan 12 buah lagu yang mara ke Anugerah Juara Lagu 33, minggu lalu.

Bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, lapan buah lagu telah membuat persembahan setelah 11 buah lagu dipersembahkan pada 9 November dan 11 buah lagu lagi pada 16 November 2018 yang lalu.

Finalis AJL33 (2)

Menurut Ketua Juri Muzik Muzik 33 Separuh Akhir, Datuk Mokhzani Ismail,

“Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan keputusan yang dicapai sebulat suara daripada semua barisan juri. Ianya satu keputusan yang sukar untuk dilakukan kerana penyertaan lagu di SFMM33 kali ini amat hebat.

Para komposer dan penulis lirik sememangnya telah meningkatkan penanda aras Anugerah Juara Lagu. Oleh itu, saya berani jamin, pada 3 Februari 2019 nanti, para penonton akan alami satu pengalaman baharu dalam Anugerah Juara Lagu 33.”

Lagu-lagu yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 33 adalah:

ARTIS LAGU KOMPOSER PENULIS LIRIK
SITI SARAH Semakin Mera Utama Mera Utama
ARA JOHARI Bunga Hang Nadim, Laq, Kadok Hang Nadim
SYAMEL Kau Pun Sama Syamel & Kidd Santhe Syamel
MISHA OMAR Sampai Bila Sharon Paul Fedtri Yahya & Shah Shamshiri
HAEL HUSAINI & DAYANG NURFAIZAH Haram Hael Husaini & Ezra Kong Hael Husaini & Ezra Kong
KHAI BAHAR Luluh Khai Bahar Khai Bahar
ALTIMET Bunga Omar K, John Jeevasingam Altimet
HAQIEM RUSLI

ft AMAN RA

Jatuh Bangun Haqiem Rusli, Omar K, Ikhwan Fatanna Haqiem Rusli, Omar K, Ikhwan Fatanna, Aman Ra
AMYLEA X KAER Tak Pernah Hilang Farouk Roman Amylea
HAEL HUSAINI Hajat Hael Husaini, Ezra Kong Hael Husaini, Ezra Kong
SUFIAN SUHAIMI Di Matamu Sirkhan & Rinkarnaen Sirkhan & Rinkarnaen
SITI NORDIANA & JACLYN VICTOR Nisan Cinta Hael Husaini, Mike Chan, Ezra Kong Hael Husaini, Mike Chan, Ezra Kong

Muzik Muzik 33 Separuh Akhir yang dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Haziq Husni ini telah bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 9, 16 dan 23 November 2018 menampilkan 30 buah lagu bertanding.

Kesemua lagu bertanding itu telah diadili oleh barisan juri profesional iaitu Ajai, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer, Cat Farish dan diketuai oleh Datuk Mokhzani.

MUZIK MUZIK 33 SEPARUH AKHIR MINGGU KETIGA

Produksi ini diketuai oleh Nurhul Huda Hj Khalid sebagai Penerbit Eksekutif dan Hamsiah Biri sebagai Penerbit.

Buat para peminat Muzik Muzik yang tidak berkesempatan untuk menonton SFMM33 secara langsung, atau ingin menonton setiap minggu separuh akhir itu secara ulangan boleh layari saluran Youtube TV3 Malaysia dan tonton di www.tonton.com.my. 

Selain itu, para penonton kini boleh tumpukan sokongan mereka kepada Anugerah Juara Lagu 33 dan dialukan untuk menghangatkan perbualan atas talian dengan menggunakan tanda pagar #ajl33 di setiap laman media sosial mereka.

Nantikan Anugerah Juara Lagu 33 yang akan bersiaran langsung dari Stadium Axiata, Bukit Jalil pada 3 Februari 2019 nanti. Layari xtra.com.my dan ikuti media sosial TV3 Malaysia di Facebook, Instagram dan Twitter untuk dapatkan maklumat lanjut.

Finalis AJL33

MUZIK MUZIK 33 SEPARUH AKHIR MINGGU KETIGA

MUZIK MUZIK 33 SEPARUH AKHIR MINGGU KETIGA

MUZIK MUZIK 33 SEPARUH AKHIR MINGGU KETIGA

MUZIK MUZIK 33 SEPARUH AKHIR MINGGU KETIGA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert NASI LEMAK CHRISTMAS Antara Terbaik di RTM

Tentang Kempen WIN A CAR Boost x 11street