in , ,

Tentang Drama Bersiri Viu Original From Saga With Love, Jom Baca Sinopsis!

Berlatarbelakangkan pemandangan indah Malaysia dan Saga di Jepun, drama bersiri ini dibintangi Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry

Viu, perkhidmatan penstriman OTT pan serantau terkemuka, membawakan pengalaman penuh gelak ketawa dan romantis melalui Viu Original terbarunya, From Saga With Love. Drama sepuluh episod yang diarahkan oleh Umi Salwana Omar dan diterbitkan oleh Lina Tan ini bakal ditayangkan pada 21 September 2023, dengan dua episod baharu dikeluarkan pada setiap Khamis minggu seterusnya. 

Cast members, producer, screenwriter and director together with Imillya Irwani Roslan(1)

Penggambaran drama ini dijalankan di Saga, yang terletak  di Selatan Pulau Kyushu, Jepun. From Saga With Love merupakan drama Melayu pertama yang membuat penggambaran di Saga, dengan bantuan Suruhanjaya Filem Saga.

Viu Original From Saga With Love Bawa Penonton Nikmati Pengalaman Mencuit Hati yang penuh romantis, gelak ketawa dan tipu muslihat!

Kingsley Warner, Pengurus Negara Viu Malaysia, berkata, “Dengan barisan pelakon yang berbakat, lokasi indah di Jepun dan Malaysia, ditambah pula dengan jalan cerita yang menarik, Viu Original dari Malaysia ini merupakan satu lagi kandungan terbaik kami dalam mencapai matlamat untuk  mempersembahkan hiburan terbaik tempatan yang menepati citarasa penonton. Dengan menggabungkan elemen komedi, percintaan dan penerokaan budaya yang cukup menarik, kami sangat teruja membawakan drama ini untuk tontonan ramai. Penonton Viu pastinya akan terhibur dan hanyut dengan emosi melalui watak-watak yang berusaha mencari diri mereka sendiri dalam kehidupan profesional mahupun peribadi masing-masing.”

Tentang Drama Bersiri Viu Original From Saga With Love, Jom Baca Sinopsis!

Menggabungkan sekumpulan pelakon muda dan berbakat seperti Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry yang pernah menerima pengiktirafan dalam kerjaya lakonan masing-masing, siri Viu Original yang bakal dikeluarkan ini dijangka berpotensi menarik minat penonton, bukan sahaja di Malaysia, malah juga di rantau ini.

From Saga With Love mengisahkan tentang Karma (panggilan bagi Karmila), seorang pempengaruh media sosial yang menipu untuk menjadi jurubahasa bagi pelakon terkenal, Bianca Rozario semasa lawatannya di Saga, Jepun. Karma berusaha sedaya upaya agar penipuannya tidak terbongkar, memandangkan dia juga pada masa yang sama menjalankan misi rahsia yang diberikan oleh ibu Bianca, Kathy, yang ingin mengetahui tentang kisah percintaan Bianca. Dengan kehadiran juruvideo, Bob dan Sham, seorang jejaka pendiam, pelbagai masalah, penyelesaian dan komplikasi romantik yang menggelikan hari terjadi. 

Behind the scene (9)

Watak Karma dimainkan oleh Siti Khadijah Halim, salah seorang bakat muda popular dalam industri hiburan Malaysia. Siti dikenali melalui persembahan mengagumkan beliau dalam Ash & Aish (2022), Sekali Lagi Cinta Kembali (2022) dan Dukun Diva (2021). Bakat beliau diiktiraf dengan pencalonan untuk Pelakon Wanita Paling Popular di Anugerah Drama Sangat 2023. Selain itu, beliau juga dicalonkan untuk Anugerah BBNU Wanita Popular di ABPBH 2023, berikutan populariti beliau yang semakin meningkat naik.

Watak Bianca Rozario pula dipegang oleh Sophia Albarakbah. Antara karya lakonan Sophia yang diiktiraf adalah Obsesi Dia (2023), Ku Akad Kau Dengan Bismillah (2023)dan Ada Hantu 2 (2022). Sophia pernah dicalonkan untuk Pelakon Wanita Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2020 dan juga pernah menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Karnival Filem Dunia (WFC) di Singapura pada 2021. Pencapaian beliau diteruskan lagi dengan Anugerah Pelakon Wanita Filem Popular di ABPBH 2023, yang mengetengahkan lagi beliau sebagai pelakon berbakat tanah air. 

The cast members during the screening of episode 1 and episode 2

Watak juruvideo yang meminati Bianca, Bob, dimainkan oleh Fimie Don. Fimie merupakan pelakon yang sudah tidak asing lagi di kalangan peminat drama tempatan, memandangkan beliau telahpun memulakan kerjaya lakonan sejak kecil lagi. Beliau turut melakonkan watak dalam Viu Original Nenek Bongkok Tiga (2023) dan juga drama tempatan Melur Untuk Firdaus 1 & 2 (2022, 2023) dan Diari Seorang Suami (2021). Pada tahun 2010, beliau telah memenangi anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia.

Behind the scene (4)

Watak utama terakhir ialah Sham, yang dimainkan oleh Ikmal Amry. Nama Ikmal mula meningkat naik apabila beliau menyertai Hero Remaja 2017. Watak yang dimainkan beliau sebagai Ray dalam siri drama Gantung (2018) telah menarik banyak perhatian di kalangan penonton di Malaysia dan Indonesia. Kerjaya lakonan beliau terus bersinar dengan filem terbaru, Pulau (2023), yang merupakan filem bertaraf antarabangsa pertama lakonan beliau yang mendapat reaksi positif di kalangan penonton di Asia Tenggara. Selain berlakon, Ikmal juga mempunyai bakat di dalam bidang fesyen sebagai model dan juga terlibat dalam kempen yang dilaksanakan oleh jenama-jenama terkenal dan bertaraf antarabangsa.

From Saga With Love ditaja oleh Safi Perfect White, dengan AirAsia X dan airasia Superapp sebagai penaja bersama.

From Saga With Love boleh ditonton di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta laman web www.viu.com.

Untuk mengetahui lebih lanjut, muat turun Viu di App Store atau Google Play, atau layari  www.viu.com.  Ikuti kami Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, dan TikTok.

Bowl painting competition

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertubuhan Kraf Malaysia Anjur Kuala Lumpur Exchange 2023 di Lalaport

Filem FANNA Lakonan Fify Azmi & Syafie Naswip di Pawagam 28 September