in , ,

Filem FANNA Lakonan Fify Azmi & Syafie Naswip di Pawagam 28 September

Filem yang dihasilkan oleh Jaguar Lim Films & Production (M) Sdn Bhd Serta akan diedarkan oleh Metrowealth ini adalah satu pencapaian yang amat kami hargai. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) serta Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) atas sokongan penuh yang telah diberikan melalui Dana Kandungan Digital (DKD). 

Sokongan ini telah memainkan peranan penting dalam memastikan bahawa FILEM FANNA dapat dihasilkan dengan kualiti yang tinggi dan kemudian dapat dihadirkan kepada penonton di pawagam dengan jayanya.

FANNA

Dana Kandungan Digital (DKD) adalah satu inisiatif yang penting dalam mendorong perkembangan industri filem tempatan dan mewujudkan peluang kepada pencipta kandungan tempatan untuk berkembang dan berinovasi. 

Dengan sokongan ini, kami berharap FILEM FANNA dapat memberikan pengalaman sinematik yang unik kepada penonton Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Ini adalah satu pencapaian yang akan terus memacu kami untuk terus berkarya dalam industri filem Malaysia yang semakin berkembang.

Pelakon hebat seperti Syafie Naswip, nama yang tidak asing lagi dalam Industri Filem Tanah Air teruja apabila dipilih sebagai peneraju utama dan bergandingan bersama Fify Azmi, pelakon wanita yang mempunyai kemahiran melakukan babak aksi Filem ini turut menampilkan Colleen Rosanna Augustin, Rashid Salleh, Andy Black Tan dan ramai lagi

Filem Fanna berkisarkan tentang Fanna, seorang gadis yang menghidap kanser, menemui cinta pertamanya dengan anak ketua kongsi gelap, Shafik. Malangnya cinta mereka mula berputik di penghujung nyawa Fanna apabila kansernya menyerang dengan lebih ganas. 

Shafik yang menyedari dia telah jatuh cinta kepada Fanna berusaha menyelamatkan diri daripada dibunuh akibat pergaduhan kongsi gelap yang tercetus Keadaan menjadi lebih parah apabila Black, adik kepada ketua kumpulan saingan itu dibunuh sewaktu Shafik cuba menyelamatkan Fanna daripada diculik oleh Black. 

Menyedari bahaya yang menanti, Shafik dan Fanna melarikan diri ke tempat persembunyian di luar negara.

Pihak penerbit filem Fanna mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang diberikan secara langsung mahupun tidak langsung dari semua pihak terutamanya media cetak, media elektronik, rakan blogger, serta penggiat filem tempatan. 

Jom sama-sama kita tonton filem FANNA di pawagam mulai 28 SEPTEMBER 2023!

Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Filem Fanna di https://fannamovie.com/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tentang Drama Bersiri Viu Original From Saga With Love, Jom Baca Sinopsis!

Youtube Umum ‘Made On YouTube’ Untuk Content Creator Jadi Lebih Kreatif