in , ,

Temubual Eksklusif Budiey Bersama Pelakon K-Drama ‘The Fabulous’

Netflix kembali sebuah K-Drama baru yang berkonsepkan model dan fesyen berjudul ‘The Fabulous’, yang sudah pun ditayang pada tanggal 23 Desember 2022 lalu.

Untuk info pembaca, drama ini menceritakan tentang empat orang sahabat yang bekerja di industri fesyen dan bagaimana mereka berusaha mengejar impian mereka dengan kerjaya masing-masing yang cukup mencabar. 

Budiey merasa cukup bertuah kerana diberi peluang oleh Netflix untuk mewawancara keempat pelakon utama drama ini Choi Min Ho yang membawa watak Ji Woo Min sebagai seorang fotografer, Chae Soo Bin yang membawa watak Pyo Ji-Eun sebagai pakar marketing untuk jenama fashion ternama, Lee Sang-woon yang memegang watak Joseph seorang pereka fesyen, dan Park Hee Jung yang membawa watak Lee Seon Ho) seorang model cantik, di acara press conference beberapa hari lalu. 

Temubual Eksklusif Budiey Bersama Pelakon K-Drama ‘The Fabulous’

Budiey: Bagaimanakah anda diterima sebagai pelakon dalam The Fabulous dan apakah yang menarik minat anda kepada siri ini? 

Seperti pelakon lain juga, saya telah menjalani satu sesi casting dan ujibakat, dan apa yang menariknya tentang  drama ini adalah ianya menceritakan tentang empat orang sahabat yang bekerja di industri fesyen dan bagaimana mereka berusaha mengejar impian mereka dengan kerjaya masing-masing yang cukup mencabar. 

Budiey: Apakah yang akan penonton saksikan dalam drama The Fabulous?

“Penonton akan melihat satu keserasian antara empat orang rakan yang memberikan satu kisah yang cukup mengesankan. Sebuah drama bergenre fesyen yang romantik, komedi dan juga banyak babak menarik. Ianya tentang dunia fesyen yang jarang di ketengahkan. Ada satu episod yang menurutku paling menyenangkan, iaitu di saat kami bernyanyi bersama di dalam kereta. Yang menariknya, kami perlu bernyanyi dengan laju dan harus mengulang pengambaran babak itu beberapa kali. Yang pasti, anda akan terhibur dengan drama ini.”

THE FABULOUS

Budiey: Bolehkah anda berkongsi sedikit lagi tentang proses ketika bersiap sedia untuk watak itu? Bagaimanakah anda masuk ke dalam jiwa watak? Dan apabila kamera berhenti, adakah anda dapat kembali kepada diri anda dengan segera?

“Apa yang membuatkan saya teruja adalah kerana saya bekerja sebagai model profesional di luar sana, jadi tak dalam drama ini saya cuba menyesuaikan karakter dengan kehidupan saya di luar. Watak ini agak sama dengan diri saya sendiri dan saya banyak merujuk dengan kawan, karakter straight forward yang ada sinikal dan setelah berlakon, saya tak sukar untuk kembali dengan karakter saya sendiri di luar sana,” – Park Hee Jung

“Pertama sekali saya ada menonton banyak sekali dokumentari dan klip video tentang dunia fesyen untuk memastikan saya selesa dan dapat menyesuaikan diri dengan karakter serta skrip drama ini. Juga saya berpeluang bertemu dengan pereka fesyen terkenal dan saya ada bertanyakan tentang beberapa perkara yang melibatkan dunia fesyen, bagaimana persediaan buat baju dan persediaan menjalani pertunjukan fesyen,” – Lee Sang-woon 

THE FABULOUS

Budiey: Adegan manakah dalam siri ini yang menjadi kegemaran anda setakat ini dan mengapa?

“Antara babak yang saya tak dapat lupakan adalah babak semasa di kolam renang di mana kami berempat berseronok dalam kolam renang itu. Jadi, kami rasa seperti kembali ke zaman kanak-kanak yang memang menyeronokkan. Sudah tentu babak ini tak akan saya lupakan sampai bila-bila,” – Lee Sang-woon 

“Saya rasa babak terakhir dalam drama ini mempunyai impak yang cukup mengesankan dalam diri saya. Di mana watak yang saya bawa bersama kawan-kawan telah berbual setelah mencapai impian masing-masing. Kemudian saya rasa seperti sayu untuk melepaskan watak ini dalam hidup saya. Itu adalah babak yang akan saya ingati,” – Choi Min Ho 

THE FABULOUS

Budiey: Apakah antara cabaran dan kegembiraan yang anda hadapi semasa penggambaran The Fabulous?

“Saya rasa cabaran adalah cuaca sejuk di mana pengambaran dilakukan semasa musim sejuk dan saya pula tak memakai baju yang tebal. Dan apa yang menyeronokkan adalah melakonkan babak di mana kami berempat bersama-sama dalam satu skrin,” – Park Hee Jung

Terima kasih kepada Netflix yang telah memberi peluang untuk menemubual pelakon The Fabulous!

K-drama The Fabulous ialah sebuah drama yang Budiey cadangkan untuk tontonan korang yang tercari drama moden yang punya vibe fashionistas! Juga drama yang ceria ini dapat mengisi masa terluang anda. Semua episod telah pun boleh ditonton di Netflix. Mesti tengok!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TEGAR SEPTIAN

Ditipu Bekas Isteri, Tegar Septian Baru Tahu Anak Bukan Dari Benih Sendiri

The Fabulous Siri K-Drama Terbaru di Netflix, Apa Yang Menarik?