in , ,

Ditipu Bekas Isteri, Tegar Septian Baru Tahu Anak Bukan Dari Benih Sendiri

Penyanyi terkenal Indonesia, Tegar Septian mengakui baru tahu bekas isterinya, Sarah Sheilka selama ini berbohong bahawa anaknya, Abidzar Oktoviano Putra Septian itu bukan dair benihnya.

Menerusi satu sesi live di TikTok, Tegar berkata bekas isterinya itu sudah pun hamil sebelum bernikah dengannya tiga tahun lalu.

“Selama tiga tahun baru tahu selama ini saya dibohongi, ya dia sudah ada anak (hamil) sebelum bernikah. Sebenarnya masa berjumpa dengannya iaitu sebelum kahwin dia sudah beritahu sudah hamil.

“Ketika itu selepas tiga hari kami berkenalan.  Masa tu saya tak berfikir panjang. Mahu tak mahu hanya teruskan saja pernikahan,” katanya.

Tegar

Ditanya oleh netizen siapa bapa sebenar kepada anaknya itu, Tegar menuduh dia adalah kekasih bekas isteirnya. Malah, Tegar sedia untuk melakukan ujian DNA. 

“Anak siapa? Tengok Instagram Sarah ada photo kekasihnya nah mungkin anak dia.

“Saya suma tak sangka aja tapi itu Allah dah tentukannya. Belum test DNA tapi saya berani saja untuk lakukannya. Lagipun cuba tengok foto anak ada tak mirip saya?” soalnya.

Terdahulu, Tegar dan isterinya telah pun bercerai enam bulan lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Abidzar Oktoviano Putra Septian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Minho Shinee

Minho SHINee Dedah Reaksi Ganjil Key Selepas Menonton The Fabulous

The Fabulous Netflix

Temubual Eksklusif Budiey Bersama Pelakon K-Drama ‘The Fabulous’