in , ,

The Fabulous Siri K-Drama Terbaru di Netflix, Apa Yang Menarik?

Tayangan drama bergenre dunia fesyen ini telah disiarkan mulai 23 Disember yang lalu, menampilkan pelakon Choi Min-ho, berkisar industri fesyen penuh glamor!

Sebenarnya Budiey rasa sudah agak lama tidak menonton drama Korea yang menceritakan tentang fesyen dan dunia glamor. Jadi, sempena mengakhiri tahun 2022, Netflix membawakan drama yang kami jangkakan bakal hit di kalangan peminat fesyen hari ini. 

The Fabulous Siri K-Drama Terbaru Di Netflix, Apa Yang Menarik?

Berlatar belakangkan dunia fesyen yang glamor, The Fabulous menemukan empat rakan yang sedang membina kerjaya mereka dan mengejar impian mereka. Terdiri daripada pengurus PR, jurufoto bebas, model dan pereka fesyen, kumpulan rakan ini menghadapi banyak cabaran yang mencabar dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Mereka cukup positif dan saling memberi sokongan antara satu sama lain dan memberikan pertolongan setiap kali kesusahan datang menghampiri. Penuh dengan babak dunia fesyen yang hebat, drama industri dan persahabatan yang kukuh, The Fabulous mesti ditonton!

The Fabulous, menampilkan barisan pelakon tersohor seperti Choi Min-ho, Chae Soo-bin, Lee Sang-woon, Park Hee-Jung dan ramai lagi.

Siri drama ini menceritakan tentang kisah impian, cinta dan persahabatan di antara empat sahabar baik. Kesemuanya boleh dikatakan bekerja di dalam industri fesyen namun mereka ini menempuhi pelbagai cabaran yang berbeza-beza. 

The Fabulous

‘The Fabulous’ bercerita mengenai empat orang sahabat yang bekerja di industri fesyen. 

Drama bersiri ini menjanjikan jalan cerita yang baik kepada penontonnya kerana menganggap empat karakter ini bakal memberi inspirasi kepada orang ramai melalui dugaan yang mereka tempuhi malah mengganggap ia sesuatu yang ‘relatable’ pada diri semua orang. 

Menarik tentang The Fabulous, apabila para pelakonnya sendiri mengambil langkah tambahan untuk mendalami karakter masing-masing. Seperti Lee Sang-woon yang memegang watak Joseph, seorang pereka fesyen, sanggup meluangkan masa mempelajari segala terma unik fesyen malah berguru bersama Minju Kim, pereka fesyen popular Korea. 

Temubual Eksklusif Budiey Bersama Pelakon K-Drama ‘The Fabulous’

Menurut Pengarah drama bersiri The Fabulous ini, Kim Jeong-hyeon, dalam satu temubual bersama media di pelancaran drama:

“Saya berpendapat bahawa penonton remaja dan muda masa kini akan benar-benar merasa dekat dengan perihal dan juga kepentingan persahabatan apabila mereka ini mula bersosial namun dengan itu cuma sedikit dari pengalaman. Ia menakutkan pada mulanya, tetapi pada hakikatnya, dengan adanya semangat dam sokongan dari rakan-rakan, anda mampu melakukan apa sahaja”.

Lee Sang Un menjawab, “Sebelum saya menerima tawaran untuk berlakon dalam drama ini, sejujurnya saya tidak tahu selok belok mengenai industri fesyen. Dan karena karakterku di The Fabulous, saya banyak melakukan research untuk mempelajari watak sebagai fashion designer. Dan satu hal yang paling aku suka dari K-drama ini adalah perkembangan cerita di antara keempat sahabat, meskipun mereka memiliki pekerjaan yang berbeda-beda di industri fashion.”

Park Hee Jung juga bercerita tentang perasaannya yang sangat teruja ketika menjalani sesi ujibakat untuk drama The Fabulous. “Saya cukup gembira sekali kerana dapat melakonkan watak sebagai seorang model. Semasa sesi ujibakat, saya ada berbual dengan sutradara Kim Jung Hyun dan bagitahu bahawa drama ini pasti menyenangkan, kerana di Korea cukup jarang ada drama yang menceritakan tentang industri fesyen,”

Saat ditanya tentang kenapa menerima tawaran berlakon dalam drama ini, Choi Min Ho.mengatakan dia tertarik dengan jalan cerita yang bertemakan fesyen. 

Temubual Eksklusif Budiey Bersama Pelakon K-Drama ‘The Fabulous’

“Pertama, kerana drama ini bercerita mengenai industri fashion di Korea Selatan,” ungkap Choi Min Ho. “Kalian wajib menonton chemistry di antara kita berempat, banyak sekali episod yang menarik mengenai keempat sahabat yang tidak boleh kalian ketinggalan.”

Pyo Ji Eun mengakui dia juga sangat menyukai latar belakang tempat dan lokasi ‘The Fabulous’. 

“Kalau biasanya saya shooting di berbagai wilayah di Korea Selatan, proses shooting The Fabulous ini lebih banyak mengambil latar belakang Seoul, khususnya di Gangnam. Jadi kalian akan melihat tempat-tempat fancy yang sedang hip, saya yakin kalian pasti suka.”

K-drama The Fabulous ialah sebuah drama yang Budiey cadangkan untuk tontonan korang yang tercari drama moden yang punya vibe fashionistas! Juga drama yang ceria ini dapat mengisi masa terluang anda. Semua episod telah pun boleh ditonton di Netflix. Mesti tengok!

Jangan lupa untuk tonton drama bersiri ini yang sudah mula ditayangkan pada 23 Disember yang lalu. Dan kongsikan bersama kami pendapat anda tentang drama ini! 

The Fabulous, Siri K-Drama Terbaru di Netflix Mesti Tonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Fabulous Netflix

Temubual Eksklusif Budiey Bersama Pelakon K-Drama ‘The Fabulous’

Blue

Konsert Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour di Kuala Lumpur