in

Telemovie Khas Isi Slot Nurani Sepanjang Ramadan

Pengorbanan dan Keinsafan Dalam 4 Telemovie Khas Isi Slot Nurani Sepanjang Ramadan Ini

Kisah pengorbanan seorang ibu sanggup mengetepikan hasrat sendiri semata-mata memberi peluang kepada anaknya menggantikannya menunaikan umrah dan kisah pemuda yang tersesat hingga sanggup menjadi pembunuh antara plot sarat pengajaran yang dijanjikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kepada penonton setia salurannya sepanjang Ramadan ini.

Empat drama dijanjikan mengisi slot Nurani setiap Jumaat, jam 10.30 pagi di TV1 ini bermula dengan tayangan Menanti Hujan Teduh (5 Ogos), Impian Terindah (12 Ogos), Aku Ghaib (19 Ogos) dan diakhiri Ukiran Jiwa (26 Ogos).

Pelakon Utama Ukiran Jiwa

Menanti Hujan Teduh lakonan hebat Maizurah Hamzah, Baggio, Khaty Azean, Erry Putra dan Balkish Semundur Khan ini berkongsi kisah Pak Wan dan Mak Jah yang menumpang teduh di sebuah warung. Mereka berbual-bual sementara menunggu hujan teduh. Perbualan yang panjang telah membawa mereka ke satu memori silam di mana suatu waktu dahulu mereka merupakan pasangan kekasih.

Kemudiannya menerusi slot sama, saksikan Impian Terindah yang mengetengahkan watak Mak Nani yang berasa sedih dengan sikap anaknya, Rashid yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Mak Nani telah memberikan hadiah umrah yang dimenanginya kepada Rashid dengan harapan Rashid berubah menjadi anak yang baik dan soleh. Setelah kembali dari umrah, Rashid telah berubah menjadi anak yang baik dan soleh. Namun sangat menyedihkan apabila Mak Nani dijemput Illahi sebelum sempat melihat perubahan Rashid. Paling memilukan buat Rashid ialah Umrah yang diberikan kepadanya bukanlah hadiah yang dimenangi oleh Mak Nani sebaliknya hasil daripada wang simpanan Mak Nani sendiri. Drama ini menyaksikan kemuncul Ezany Nizariff, Norlia Ghani, Arash Mohammad, Salina Saibi, Azman Nor dan Ghazali Abu Noh.

Kisah desakan hidup yang telah menyebabkan Amri terjebak dalam aktiviti haram penjualan ganja pula melatari drama seterusnya bertajuk Aku Ghaib lakonan Yus Waisar, Ezendy Aziz, Riz Amin, Erin Malek dan Lana Nordin. Kisahnya bermula dengan Amri yang ditinggalkan oleh kekasihnya Marina, gara-gara aktiviti haramnya. Amri kemudian berkenalan dengan Tasha. Bersama Tasha Amri terus tersesat hingga sanggup jadi pembunuh.

Ukiran Jiwa pula mengisahkan dua orang sepupu, Fazli dan Hasli yang memiliki perwatakan berbeza. Fazli seorang yang berbudi bahasa, sangat menghormati orang, merendah diri dan mempunyai bakat dalam bidang pengukiran sementara Hasli pula sering memandang rendah terhadap Fazli yang menyebabkan sering kecil hati terhadap Hasli. Keadaan ini berterusan sehingga di IPTA. Sifat cemburu Hasli terhadap Fazli semakin membara hingga melibatkan seorang gadis bernama Suri. Setiap kali Hasli melukakan hatinya, sebatang paku akan dipakukan di sebuah ukiran berbentuk hati. Drama ini lakonan Adi Putra, Catriona Ross, Razali Hussain, Mahmud Ali Basha dan Ghazali Abu Noh.

Rebutlah peluang untuk menghayati mesej yang diselitkan dalam empat telemovie ini hanya di TV1.

Catriona Ross Dan Adi Putra Pegang Watak Utama Dalam Ukiran Jiwa

Telemovie Aku Ghaib

Pic Menanti Hujan Teduh

Telemovie Impian Terindah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tony Bennett Duets With Aretha Franklin & Lady Gaga

Marion Caunter | 14

Betul Ke Marion Caunter Tengah Hamil