in

Marion Caunter Hamil

RAMADAN yang mulia ini, nampaknya SS menerima bak info mengenai gosip yang bersifat positif daripada negatif. Terbaru SS dimaklumkan bahawa pengacara cantik E! News Asia, Marion Caunter, sah mengandung lima bulan!

Tahniah buat Marion dan suaminya, SM Nasarudin kerana akhirnya perkahwinan yang dibina pada tanggal 15 Oktober 2010 atas dasar cinta akan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata. Pasti comel dan ‘meletop’ wajah anak pasangan sama cantik sama padan ini. Maklumlah gabungan acuan berdarah campuran, si ibu yang jelita dan tampan pula bapanya.

Tahniah juga buat pembaca ruangan ini kerana SS difahamkan berita yang disampaikan ini adalah eksklusif dan pertama kali disiarkan di akhbar. Cuma, mengenai jantina anak khabarnya pengacara itu sudah tahu tetapi memilih untuk merahsiakan kerana baginya apapun boleh berlaku. Cara terbaik bagi Marion dan suami, mereka menerima seadanya sama ada lelaki mahupun perempuan.

Sumber memberitahu SS, Marion sangat gembira apabila dirinya disahkan mengandung kerana dia memang berharap terus mengandung selepas berkahwin. Tetapi berita kehamilannya hanya disahkan sekitar Mac lalu selepas lima bulan mendirikan rumah tangga.

Yang pasti, pasangan ini tidak sabar menantikan kelahiran bayi mereka bakal dilahirkan pada penghujung November atau awal Disember nanti. Marion jugak dikatakan sangat ‘enjoy’ melalui proses kehamilannya yang tidak banyak ragam.

Sebelum SS mengakhiri coretan hari ini, SS berharap Marion selamat melahirkan bayi sulungnya kelak dan kehadiran permata hati mengukuhkan lagi cintanya dan suami. Tahun depan, Aidil fitri pastinya disambut lebih ceria dengan kehadiran anak. Tahniah!

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Telemovie Khas Isi Slot Nurani Sepanjang Ramadan

Indonedia – Malaysia Jv To Create Greater Internet Gateway