in

Telemovie Edisi Khas Cuti Sekolah

4 Telemovie Edisi Khas Cuti Sekolah Dalam Slot Sutera On 2 di TV2

Kisah semangat berkumpulan dalam diri Najmie sebagai seorang ketua, si genius bernama Amirul dengan kenakalannya, Najman yang berdepan cabaran hidup pada usia kanak-kanak dan telah Iqbal si budak bandar yang kekok berada di kampung ‘disatukan’ dalam slot Sutera On 2 sepanjang Disember ini yang jalan ceritanya dekat di hati penonton terutama di kalangan penuntut sekolah.

Bakal menemui penonton setiap Khamis, jam 2.00 petang, tayangan telemovie-telemovie menarik ini dimulakan dengan drama Wisel (1 Disember 2011), Permata Hati (15 Disember 2011), Teduhan Kasih (22 Disember 2011) dan diakhiri Budak KL (29 Disember 2011) yang kesemuanya bersiaran di TV2.

adegan dalam Teduhan Kasih

Wisel lakonan berkesan Na’im Daniel, Farah Amirah, Adam Aliff Tay, Dharma Seelan, Azhar Sulaiman dan Nadia Mustafa yang memaparkan kisah empat orang kanak-kanak, Najmie, Hananie, Josh dan Benny dari Kelab Alam Sekitar dari sebuah sekolah elit yang tersesat akibat keegoan masing-masing ketika menjalani ekspedisi di hutan. Segala-galanya berpunca apabila Cikgu Hamid, guru pembimbing melantik Najmie sebagai penghulu. Najmie diberikan wisel sebagai persediaan jika berlaku apa-apa. Antara Josh dan Benny masing-masing tidak puas hati dengan pelantikan itu lalu berlakulah pelbagai adegan yang kemudiannya menyebabkan mereka tersesat di dalam hutan.

Menyusul kemudiannya drama Permata Hati yang berkongsi cerita Amirul, seorang kanak-kanak yang mempunyai sikap terpuji di kalangan ahli keluarga dan orang-orang kampung. Dia sering dicemburui oleh Johan yang nakal dan selalu mengusik budak-budak lain. Malah orang-orang tua yang tidak berkemampuan juga turut tidak terkecuali menjadi mangsa usikkannya. Drama ini dibintangi oleh Muhammad Na’im Daniel, Zami Ismail, Ahmad Ezzrin Loy, Elfira Loy dan Zulhuzaimy.

Saksikan juga kisah Teduhan Kasih lakonan Fauzi Nawawi, Rozita Che Wan, Tony Eusof dan Hanis Kamal Bakar yang membawakan watak Najman yang terpaksa mengharungi perjalanan hidup yang getir dalam usia yang begitu muda. Masyarakat telah menghukumnya di atas kesalahan bapanya, seorang pengedar dadah dan lebih malang lagi ibunya meningggal dunia dalam sebuah kemalangan. Hidupnya terumbang ambing, dia tinggal bersama neneknya kemudian bersama bapa saudaranya Setelah neneknya meninggal, bapa saudaranyalah yang telah menyara persekolahannya. Mujurlah keperitan hidupnya mendapat simpati dari Cikgu Salman yang sentiasa mengawasi perkembangan kanak itu semenjak dia menjejak kaki ke sekolah menengah.

Slot menarik ini diakhiri dengan tayangan drama Budak KL dimana Iqbal berasa kurang senang apabila dipaksa oleh ibunya, Marina supaya mengikuti dia ke Kuantan dengan alasan untuk mengurus perniagaan resort mereka di samping bercuti pada musim cuti sekolah. Iqbal menganggap bercuti di kampung seperti itu akan membosankan dan memalukan. Di sana dia berkenalan dengan anak pengurus resort milik keluarganya, iaitu Jason. Namun sikap dingin Jason menyebabkan dia semakin kebosanan. Bagaimanapun ketika bersama budak-budak di kampung, telah mengubah persepsi Iqbal terhadap mereka yang dianggap jauh ketinggalan. Ia dilakonkan oleh Na’im Danial, Azhari Azizam, Ng Zhen Tze, Aida Aris, Zoey Tan dan Badrul Muhayat.

Drama-drama menarik Cuti Sekolah hanya di TV2.

babak dalam Teduhan Kasih

Rozita Che Wan dalam Teduhan Kasih

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Azza Elite dalam Kisah Cermin Ajaib

Shaheizy Sam Abang Yang Tak Bertanggungjawab?