in , ,

Telefon Boleh Lipat Paling Nipis & Ringan HONOR Magic V2 Berharga RM6,999

Prapesanan sekarang dan nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM3,247 termasuk Jaminan Perlindungan Skrin HONOR 365 Hari

Penantian kini berakhir, HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan HONOR Magic V2, telefon boleh lipat yang dinanti-nantikan ramai pada harga RM6,999 dengan kapasiti storan 16+512GB. HONOR Magic V2 menetapkan standard baru dalam industri sebagai telefon boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia dengan penambahbaikan terhadap bateri, paparan, dan keseluruhan pengalaman pengguna.

Malay Pre Order End Frame

Prapesanan Sekarang dan Bawa Pulang Hadiah Percuma Bernilai Sehingga RM3,247!

Bagi yang berminat, prapesanan HONOR Magic V2 sudah bermula hari ini sehingga 24 Januari 2024 menerusi laman web rasmi HONOR, Kedai HONOR, Shopee, Lazada, TikTok Shop, termasuk pengedar sah seperti Maxis, Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.

Malay Pre Order End Frame

Pembeli awal akan mendapat hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga RM3,247 merangkumi HONOR Choice Cleaner Robot, Pemegang Telefon Boleh Lipat Graviti Kereta dan Perlindungan Skrin HONOR 365 Hari.

HONOR Magic V2 Malaysia Official Launch_1

HONOR menjadi jenama pertama menawarkan perlindungan skrin selama 365 Hari untuk telefon boleh lipat. Perlindungan Skrin HONOR 365 Hari meliputi kerosakan skrin dalam dan luar disebabkan terlanggar atau terjatuh. 

PR Keynote.19

Pelan Ansuran Serendah RM291.63 Sebulan

Tertarik memiliki HONOR Magic V2? HONOR kini menawarkan pilihan pembayaran lebih mudah dengan pelan ansuran 0% selama 6 hingga 24 bulan. Pelanggan boleh mendapat peranti ini dengan bayaran serendah RM291.63 sebulan. 

PR Keynote.8

Telefon boleh lipat baru ini telah ditambah baik berbanding generasi sebelumnya dan direka khas bagi golongan yang mahukan telefon berprestasi tinggi dengan teknologi tercanggih dan ciri privasi yang dipertingkatkan. Berikut adalah beberapa kelebihan HONOR Magic V2.

  • Paling nipis dan ringan 

HONOR Magic V2 mencabar norma industri dengan menampilkan reka bentuk yang sangat nipis dan ringan. Jika sebelum ini, telefon boleh lipat eksklusif untuk kelompok pengguna tertentu, namun kini ia diubah kepada peranti flagship agar mudah dimiliki semua individu. HONOR Magic V2 peranti pertama untuk mencapai ukuran di bawah 1 sentimeter iaitu hanya 9.9mm apabila dilipat, manakala berat cuma 231 gram.

PR Keynote.2
  • Engsel Kukuh dan Sangat Ringan 

Bagi mencapai reka bentuk yang sangat ringan, HONOR menggunakan aloi titanium untuk menghasilkan engsel dan kaca nanohablur generasi kedua untuk bertahan lama. Engsel HONOR Magic V2 dapat menahan lebih 400,000 lipatan, manakala kaca nanohablur mempunyai rintangan jatuh 10 kali ganda berbanding kaca standard biasa. 

Selain itu, engsel tersebut dibina menggunakan struktur gear sifar yang unik bagi memudahkan pengguna menonton video dan menangkap gambar tanpa menggunakan tangan. Ciri tersebut dipanggil ‘hover’ dan amat membantu apabila mengambil gambar berkumpulan, swafoto dan gambar aksi. 

  • Bateri Karbon Silikon Ultranipis 5000mAh Dalam Badan yang Ringan

Paling penting, HONOR Magic V2 menawarkan jangka hayat bateri lama. Bateri karbon silikon 5000mAh disokong HONOR SuperCharge 66W untuk pengecasan pantas dalam tempoh beberapa minit. 

Menariknya, HONOR adalah perintis menggunakan bateri karbon silikon ultranipis dalam telefon boleh lipat. Bateri seperti ini kali pertama digunakan dalam kenderaan elektrik seperti Tesla.

  • Telefon Boleh Lipat Pertama Dilengkapi Teknologi Pemalapan PWM 3840 

Untuk keselesaan mata pengguna, paparan luar dan dalam HONOR Magic V2 dilengkapi kadar penyegaran tinggi 120Hz dan teknologi Pemalapan PWM 3840, paling tinggi dalam industri untuk pengalaman melayari dan hiburan lancar.

Paparan dalam besar 7.92 memberi rasa seolah menggunakan tablet, memberi fungsi dua dalam satu, sesuai untuk ahli perniagaan atau individu yang sentiasa perlu melakukan beberapa tugas berbeza dalam satu masa. Ia menyokong HDR 10+, gamut warna 100% DCI-P3 dan 1.07 bilion warna untuk menghasilkan visual dengan warna sebenar.

  • Keupayaan Kamera Dinaik Taraf untuk Fotografi Terbaik

Dari segi fotografi, HONOR Magic V2 dilengkapi tiga persediaan kamera belakang terdiri daripada Kamera Utama 50MP, Kamera Ultralebar 50MP dan Kamera Telefoto 20MP, manakala dua kamera hadapan adalah 16MP. 

Sementara itu, HONOR mempertingkatkan ciri AI Recognition bagi menambah baik pengecaman imej untuk pengalaman fotografi yang lebih lancar dan pintar. Penambah baik ini juga termasuk ciri HONOR Motion Sensing Capture yang berfungsi untuk menangkap pergerakan.  

  • Cipset Keselamatan Diskret dan Panggilan Privasi AI yang Dipertingkatkan 

Privasi data pengguna kini lebih terjamin dengan adanya Chipset Keselamatan Diskret yang menyimpan kata laluan, biometrik dan data pengecaman muka dengan cekap. Fungsi ini melindungi maklumat sensitif pengguna daripada diketahui pihak lain.

Seterusnya, Panggilan Privasi AI 2.0 berupaya menghalang orang sekeliling daripada mendengar perbualan dalam telefon pengguna dengan melaraskan bunyi panggilan mengikut keadaan persekitaran sama ada di kawasan sesak atau sunyi seperti di dalam lif.

  • Tingkatkan Produktiviti dengan Berbilang Tugas  

Pengguna boleh melakukan pelbagai perkara serentak dengan ciri berbilang tugas seperti bermain permainan mudah alih, menstrim, menyiapkan tugasan atau melayari media sosial. Sehingga 4 tetingkap berbilang boleh dibuka pada satu masa dengan skrin pisah dalam mod menegak atau melintang. Sebagai tambahan, skrin pisah memberikan pengalaman permainan dwi skrin yang unik.

HONOR Magic V2 Malaysia Official Launch

Dalam pada itu, HONOR Magic V2 dikuasakan dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2 dan menjalankan dalam operasi MagicOS 7.2 berasaskan Android 13 untuk prestasi lancar. 

PR Keynote.17

HONOR Magic V2 didatangi dalam tiga warna premium iaitu hitam Black, ungu Purple dan Black (PU). Telefon boleh lipat ini boleh dibeli di kedai seluruh negara mulai 25 Januari ini. Jika anda enggan tunggu lama, dapatkan HONOR Magic V2 menerusi prapesanan sekarang!

Malay Pre Order End Frame

Untuk maklumat lanjut mengenai telefon pintar Pilihan Terbaik Era Baru ini, layari laman web rasmi HONOR Malaysia di https://www.hihonor.com/my/ 

PR Keynote.21

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TYZO SURIA FM

Tyzo Tak Mahu Jawab Isu ‘Demand’ Gaji, Tunggu Suria FM Beri Kenyataan

Bekerja Lebih Bijak, Bukan Lebih Gigih, Jom Aplikasikan AI di Tempat Kerja