in , ,

Tyzo Tak Mahu Jawab Isu ‘Demand’ Gaji, Tunggu Suria FM Beri Kenyataan

Sebelum ini ada pihak mendakwa DJ Tyzo telah ditamatkan kontrak di Suria FM kerana meminta kenaikan gaji.

 Sedar tentang perkara itu, Tyzo bagaimanapun tidak mahu memberikan apa-apa penjelasan selagi pihak Suria FM belum berikan kenyataan rasmi.

DJ Tyzo minta tunggu hari Jumaat…
Saya tidak mahu mengiyakan atau menafikan perkara berkenaan.
Saya akan menunggu kenyataan rasmi daripada pihak terbabit yang difahamkan bakal berlangsung Jumaat ini, sebelum saya membuat kenyataan.

– TYZZO

Tyzo yang sudahpun berkhidmat di Suria FM selama tujuh tahun itu mengakui terkejut dengan keputusan penamatan kontrak secara mengejut.

Apapun, kita tunggu sahaja dulu kenyataan rasmi Suria FM pada hari Jumaat ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAMSUNG

Perkakas Samsung Dapat Pensijilan ‘Product Carbon Footprint’ Carbon Trust

HONOR MAVIC V2

Telefon Boleh Lipat Paling Nipis & Ringan HONOR Magic V2 Berharga RM6,999