in , ,

Achik Roslan Tampil Single Terbaru Selepas ‘I LOVE YOU I MISS YOU’ Bersama Ukays

Selepas penglibatan Achik Roslan atau nama sebenar Muhammad Zakir Roslan, dengan kumpulan Ukays , beliau tampil dengan single terbaru berjudul ‘’Hanya Doa’’.

Achik sememangnya seorang penyanyi yang pernah mendendangkan lagu ‘I love U I miss U’ bersama kumpulan Ukays sebagai pengganti vokalis baru kumpulan itu dan kini telah membuat single di bawah syarikat rakaman Luncai Emas (milik Dato’ M.Nasir). Achik aktif dan banyak terlibat membuat persembahan secara cover di youtube mahupun live bersama Ukays selepas beliau menggantikan vokalis kumpulan itu . 

Achik Roslan

Menurut komposer untuk lagu ini , ‘’Beliau dikenali sebagai Achik Roslan dan suara beliau sememangnya bersesuaian untuk lagu “Hanya Doa”. Beliau akan menjadi ikon baru untuk masyarakat di Malaysia kini’’. 

Komposer lagu “Hanya Doa” ialah seorang pemuzik yang namanya tidak asing lagi iaitu Awang BPR (pemain gitar utama kumpulan Bumiputra Rockers). Beliau sudah menerbitkan banyak lagu untuk kumpulan-kumpulan rock tanahair dan juga penyanyi-penyanyi di Malaysia.

Sehingga kini beliau masih aktif mencipta lagu dan menerbitkan album-album artis. Sepanjang kariernya, Awang BPR sudah menghasilkan banyak koleksi lagu popular antaranya Luka Dilukai nyanyian Shima, Taman Astakona (Slash), Bahang Asmara (Gamma), Naluri Cinta (Toki dan Rohana Jalil), Segalanya Pasti (Aida Agil) , Kurnia (Slam) dan Segalanya Ku Terima (Ilusi). 

Achik Roslan
Pencipta lagu ‘Hanya Doa’ – Awang BPR 

Untuk lagu ‘Hanya Doa’ , ianya mengisahkan kehidupan realiti jerih-perih seorang bapa menghadapi pelbagai dugaan untuk membesarkan anak-anaknya dan memastikan mereka semua menjadi manusia yang berjaya. Tanpa mempedulikan diri sendiri Si bapa bekerja keras tanpa mengira penat lelah demi mencari wang ringgit untuk memastikan anak-anaknya mencapai cita-cita mereka. 

Komposer Awang BPR menambah lagi , ‘’Namun takdir Illahi apabila semua anak-anaknya berjaya mencapai kejayaan mereka alpa dengan harta dunia dan focus dengan kehidupan dan kerjaya masing-masing. Sehingga apabila Si bapa meningkat usia dan semakin tidak bermaya, mereka menempatkan Si bapa di rumah orang-orang tua . Alangkah robeknya hati seorang bapa dibiarkan sendirian dan kesepian meniti usia menunggu masa untuk kembali kepada Illahi. Tanpa henti setiap saat dan ketika Si bapa terus berdoa semoga beliau dapat bertemu dengan anak-anaknya sebelum menghembuskan hafas yang terakhir kalinya‘’ – Awang BPR. 

Penulis lirik lagu “Hanya Doa” dikenali sebagai I.Kay (nama pena) ialah orang baru yang menceburi bidang penulisan lirik. I. Kay merupakan seorang arkitek dan juga bekas pemain bolasepak Malaysia. 

Single ‘Hanya Doa’ ini terhasil apabila I.Kay sendiri sebagai Penulis lirik berseloroh kepada Awang BPR supaya diberi kesempatan untuk berkarya , dia sememangnya cukup meminati dan dibesarkan dengan lagu-lagu ciptaan Awang BPR . Awang BPR dengan jawapannya – ‘’InsyaAllah’’.

Selang beberapa hari Awang BPR menghubungi penulis lirik dan bertanya adakah sudah bersedia untuk mencipta lirik. Ibarat buah jatuh ke riba hati penulis lirik sungguh gembira dan bermulalah epilog gandingan di antara Awang BPR dan juga I.Kay. Sehingga kini sudah 4 buah lagu berbagai irama yang terhasil di antara Awang BPR & I.Kay. 

Pihak Luncai Emas yakin karya ini bakal menjadi sebuah lagu yang perlu untuk peminat yang sudah lama menantikan buah tangan terbaru dari Achik Roslan selepas tampil bersama UKays. Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes. Hanya Doa nyanyian oleh Achik Roslan ini boleh dilayari video liriknya di youtube Luncai Emas. 

Semoga single ini dapat menambat hati peminat-peminat dan dapat menarik perhatian anak-anak muda generasi baru juga. 

Achik Roslan

LIRIK HANYA DOA – ACHIK ROSLAN

Mengapakah Ku Lihat Bulan Kelihatan Suram 

Sedangkanku Melihat Bintang Menyinari Malam 

Sepinya Sendiri Dalam Linangan Air Mata 

Dimanakah Wahai Oh! Permata 

Ku Sendiri Seorang Diri Dibaluti Sepi 

Sendirian Ditinggalkan Terasing Sendiri 

Hibanya Rasa Hati Jiwa Meronta Kerinduan 

Oh ! Sayang Janganlah Dikau Meinggalkan 

Dari Kecil Hingga Dewasa 

Ku Berkorban Apa Saja 

Demi Kejayaan Mengejar Cita – Cita 

Kadang Kurang Bicara Masa Hanya Seketika 

Seupaya Sediakan Semua Seadanya 

Ku Mampu Berdoa… Aku Tidak Berdaya… 

Apakah Salah Serta Dosa Ku Dibiar Saja 

Ku Terus Berdoa Agar Semua Bahagia 

Bukan Intan Permata Hanyalah Kasih Yang Ikhlas Setia.. 

Selagi Nafasku..Belum Terhenti 

Ku Pasrah Menanti 

Semoga Bertemu …Sebelum Aku Pergi

Lagu : Awang BPR

Lirik : I.Kay

Hakcipta Lagu&Lirik : Luncai Emas Sdn Bhd

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Klinik Ct Vet Di Johor Bahru | 17

Klinik CT Vet di Johor Bahru Ajak Jaga Haiwan Dengan Baik

Izzue Islam | 18

Telefilem ‘KARI AYAM MAMA’ & ‘KERANA SETITIK SUSU’ Isi Slot Kuasa 3 Malam