in ,

Telatah Pengacara Ini Tersasul Ketika Live Buat Netizen Terhibur

Melihat di kaca TV, semestinya anda kagum dengan kepetahan pengacara TV dalam melontarkan kata-kata dengan lancar ketika program berlangsung secara live. Sebenarnya bukan mudah untuk mengacara kerana anda perlu menghilangkan rasa nervous dan nampak yakin di depan kamera.

Terbaharu, pengacara Syairul Islam telah berkongsi klip video beliau yang tersasul ketika program bual bicara mengenai para pelajar yang menuntut di Institut Pengajian Awam Tinggi (IPTA). Menerusi video tersebut, beliau yang mahu menyebut kampus tersasul pampers tetapi dengan yakinnya meneruskan program.

Menerusi perkongsiannya, beliau turut mengingatkan dirinya supaya lebih berhati-hati selepas ini, dan tidak terlampau yakin mahupun getar. Malah, beliau turut memberikan pesanan ‘mesra’ supaya pelajar tidak membawa pulang pampers ke kampus masing-masing susulan video tersebut.

Lantaran itu, rata-rata netizen berasa terhibur melihat video tersebut. Malah, para netizen turut memuji beliau kerana tidak panik dan meneruskan program sehingga tamat.

Bukan itu sahaja, para netizen turut memberikan kata-kata semangat agar terus berusaha dalam kerjayanya. Adakah anda turut terhibur dengan kata-kata pengacara ini?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Viral Hiasan | 22

Ahli Keluarga Tinggalkan Warga Emas Di Surau Lepas Ajak Keluar Solat Jemaah

Ernie Zakri Green | 23

Petai Dipercayai Boleh Kurangkan Depresi, Cubalah Buat ‘Kuih Cara Sambal Petai’ Ni