in ,

Ahli Keluarga Tinggalkan Warga Emas Di Surau Lepas Ajak Keluar Solat Jemaah

Kisah warga emas yang diabaikan oleh keluarga bukanlah sesuatu yang asing. Tak kisah lah di mana-mana tempat sekali pun, mesti akan berlaku perkara macam ni.

Kali ini, kisah seorang pakcik yang ditinggalkan oleh ahli keluarganya ini boleh menyebabkan korang mengalirkan air mata. Menurut Sinar Harian, seorang lelaki warga emas telah ditinggalkan di sebuah surau di Klang, Selangor lepas dia dikatakan diajak oleh ahli keluarganya untuk menunaikan solat jemaah. Sedih admin baca kisah ni. Menurut Facebook Lembaga Zakat Selangor, pihak zakat telah menerima laporan tentang pakcik tersebut yang tidur di situ.

Yang sedihnya lagi, pihak Lembaga Zakat Selangor menemui pakcik tu dalam keadaan letih, sakit kaki dan kelaparan. Kaki dia pun nampak macam agak bengkak.

Ahli Keluarga Tinggalkan Warga Emas Di Surau Lepas Ajak Keluar Solat Jemaah

Difahamkan, pakcik tersebut tidak mempunyai anak dan belum pernah berkahwin. Dia juga sebelum ini telah dijaga oleh anak saudaranya.

Namun, disebabkan keadaan yang tidak menentu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesihatan warga emas tersebut yang semakin tidak sihat, keluarganya dikatakan meninggalkannya di situ sendirian.

Peringkat awal beliau tidak menjangkakan beliau akan diperlakukan sedemikian. Pujukan ahli keluarganya mengajak beliau ke surau tersebut untuk berjemaah, rupanya adalah perancangan untuk meninggalkan beliau di surau berkenaan.

Keluarganya juga telah menyediakan pakaian di dalam beg pakcik tersebut. Setelah dipujuk, pakcik tu setuju untuk tinggal di sebuah rumah kebajikan yang terletak di Dengkil. Kos rawatan dan penjagaan warga emas itu juga akan ditanggung oleh Lembaga Zakat Selangor.\

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Viral Hiasan | 23

Netizen Puji Tindakan Berani Abang Rider ‘Bantu’ Tangkap Individu Dicari Polis Johor

Cik B Hiasan | 24

Telatah Pengacara Ini Tersasul Ketika Live Buat Netizen Terhibur