in ,

Petai Dipercayai Boleh Kurangkan Depresi, Cubalah Buat ‘Kuih Cara Sambal Petai’ Ni

Terkenal dengan bau dan rasanya, petai bukanlah makanan asing dalam budaya dan tradisi masyarakat Malaysia. Dikenali juga dengan nama parkia speciosa, kini petai boleh dikatakan begitu mudah ditemui, khususnya dihidangkan sebagai ulam di kedai-kedai makan.

Hakikatnya banyak juga hidangan yang boleh kita masak dengan menggunakan petai ni dan bukan sekadar ulam semata-mata. Malah, kajian juga mendapati yang petai mempunyai pelbagai macam khasiat, di sebalik baunya yang kurang menyenangkan tu. Antara khasiatnya adalah…

Itulah dapatan oleh sebuah badan penyelidikan, MIND terhadap khasiat yang ada pada petai. Berdasarkan pemerhatian badan berkenaan terhadap beberapa individu yang menghidapi gangguan depresi, mereka mendapati kebanyakkan daripada mereka berasa lebih baik setelah memakan petai.

Ini kerana, petai mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protein yang akan berubah menjadi serotonin di dalam badan. Ia  boleh menyebabkan badan kita berehat, meningkatkan mood dan biasanya menyebabkan kita berasa lebih selesa. Petai turut mengandungi Vitamin B6 yang bertindak mengawal tahap gula dalam darah, selain memberikan kesan kepada mood seseorang.

Bahkan, kajian dari New England Journal of Medicine mendapati pengambilan petai setiap hari boleh mencegah kematian akibat strok sehingga 40%. Selain itu, serat juga dikatakan banyak ditemui dalam petai dan ia sangat berguna dalam membantu pencernaan makanan. Itu kita belum cerita pasal kandungan potasiumnya lagi…

“Potasium adalah mineral penting, yang akan membantu menstabilkan degupan jantung, menghantar oksigen ke otak dan juga menguruskan keseimbangan air tubuh manusia. Apabila kita merasa cemas, kadar metabolisme kita meningkat, sehingga menurunkan kadar potasium. Ia dapat diimbangi dengan bantuan makanan seperti petai yang mengandungi potasium tinggi.” – Petikan dari Health Benefits Times.

Jadinya, memang tak salahlah kalau kita suka makan petai, sebab terbukti yang ia mempunyai pelbagai kebaikan dan khasiat. Tapi kadang-kadang tu, rasa bosan juga kalau asyik makan petai ni sebagai ulam je kan? Jadinya, apa kata kita cuba buat Kuih Cara Sambal Petai pula! Ini dia resipinya…

Bahan-bahan

Inti:

  • 1 mangkuk sederhana petai (dibelah dua)
  • Minyak masak (minyak sayuran lebih digalakkan)
  • Air asam jawa
  • 15 – 20 cili kering
  • 1 biji bawang dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar

Kuih:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 2 cawan air
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna kuning (juga boleh guna serbuk kunyit)

Cara penyediaan:

Inti:

  1. Panaskan cili dalam air panas dalam 10 minit
  2. Kisarkan cili, bawang putih dan bawang besar
  3. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak
  4. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa
  5. Masukkan petai
  6. Masukkan bawang yang dihiris halus
  7. Kacau dan biarkan buat beberapa minit dan siap.

Kuih:

  1. Satukan semua bahan dan kacau sebati
  2. Sapukan sedikit minyak di loyang kuih cara untuk elak dari melekat
  3. Panaskan loyang dengan api kecil dan masukkan adunan ke dalamnya
  4. Bila telah panas dan hampir masak letakkan inti di atasnya
  5. Siap dan sedia untuk dimakan
Kuih Cara Sambal Petai

Dengar pun macam dah sedap kan? Apatah lagi kalau dimakan waktu petang sambil menghirup teh bersama keluarga tersayang. Jadi apa tunggu lagi tu, luangkanlah masa bersama keluarga sambil menikmati aroma Kuih Cara Sambal Petai!

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Telatah Pengacara Ini Tersasul Ketika Live Buat Netizen Terhibur

Difitnah Sudah Bercerai, Pengantin Muda Nekad Saman Youtuber Terkenal