in ,

Teater NEO-DISIDEN Anjuran ASWARA Inspirasi dari Tragedi Brutus

Fakulti Teater Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan bangganya akan mementaskan teater NEO-DISIDEN inspirasi dari Tragedi Brutus dari karya sasterawan William Shakespeare. Pementasan ini akan diadakan selama tiga hari. Butiran seperti berikut :-

Tajuk: Teater ‘Neo-Disiden’

Tarikh: 19 Julai – 21 Julai 2019  

Masa: 8:30 malam  (19 – 21 Julai 2019)

3:30 petang  (20 – 21 Julai 2019)

Tempat:Pangggung Eksperimen, ASWARA

neo-disiden-795x385

Naskah tulisan Siti Jasmina Ibrahim ini merupakan arahan bersama oleh NamRon & Khairunazwan Rodzy, gabungan nama-nama pengiat seni yang terdiri daripada graduan dan alumni ASWARA yang telah mencipta nama dalam industri seni negara.

Antaranya Amerul Effendi, Rosdeen Suboh, Taiyuddin (Sallehuddin Abu Bakar) Along Eyzenndy, Akmal Ahmad  dan beberapa nama baru yang aktif dalam seni samada teater mahupun dalam perfileman.

Teater NEO-DISIDENini telah diberi olahan baru dan diperkembangkan isunya bersesuaian dengan latar sosial dan budaya setempat.

Teater NEO-DISIDENini mengisahkan konflik, pertentangan dan pertempuran ideologi antara Brutus dan Cassius yang cuba mencari erti sebuah perjuangan, pertembungan ideologi Caeser, Brutus dan Cassius memperlihatkan persahabatan, persengketaan  dan kesetiaan yang akhirnya mengorbankan maruah. 

Oleh itu, kepada pengunjung yang hadir akan dikenakan tiket masuk untuk menonton pementasan teater NEO DISIDEN. Harga tiket seperti berikut:

TIKETHARGA
UMUMRM 55/RM 35
PELAJARRM 25

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

La Siesta Premium Hang Be Hotel Penuh Gaya di Hanoi

HAEL HUSAINI

Hael Husaini Salah Pilih dalam I CAN SEE YOUR VOICE Musim Ke-2