in , ,

Hael Husaini Salah Pilih dalam I CAN SEE YOUR VOICE Musim Ke-2

“Kenapa saya pilih ‘Eksperiwomen’? Sebab saya rasa dia ada satu tarikan yang menarik, dia ada aura tersendiri,” itulah jawapan artis jemputan iaitu Hael Husaini ketika ditanya mengenai pilihannya untuk berduet dengan penyanyi misteri yang diberi gelaran ‘Eksperiwomen’, di episod pertama I Can See Your Voice Malaysia 2 (ICSYVMY 2), yang telah pun bersiaran semalam.

Namun apakan daya, pilihan Hael yang disangkakan seorang penyanyi sebenar ternyata salah kerana pasangan duetnya itu merupakan seorang penyamar bersuara sumbang. Terkejut dengan suara Eksperiwomen, Hael hanya mampu ketawa. Walaupun tidak mempunyai bakat menyanyi, Eksperiwomen atau nama sebenarnya Noorhapizah Binti Napiah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.

Hael Husaini kelihatan ragu-ragu

Di pusingan pertama, panel penyiasat yang diwakili oleh Azira Shafinaz dan Haziq Hussni selaku penyiasat jemputan serta barisan penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul berjaya meyakinkan Hael untuk menyingkirkan penyanyi misteri yang digelar sebagai ‘Work-It-Out’. Setelah disingkirkan, penyanyi misteri yang bernama Nu’aim Mubaarak Bin Abdul Rahman ini dijemput untuk ke pentas penentuan dan mendedahkan suara sebenarnya. 

Panel penyiasat - Haziq Hussni, Azira Shafinaz, Jihan Muse, Seelan Paul dan Mark Adam

Akibat Keliru & Ragu-Ragu, Salah Pilih Bikin Hael Husaini Tersipu-Sipu!

Siapa sangka, jejaka yang gemar bersukan ini sememangnya berbakat dan mempunyai suara yang lunak! Bukan itu sahaja, Hael juga terpegun dengan kebolehannya untuk berinteraksi dengan para penonton ketika membuat persembahan.

Dua lagi penyanyi misteri telah disingkirkan di pusingan kedua. Selepas melihat persembahan lip-sync merekaHael telah memilih ‘Jom! Berkelah’ (Nazrul Ashraf Bin Mustafa) dan ‘Roll, Roll, Roll The Ball’(Irdina Nabila Binti Zulrahman) sebagai penyamar bersuara sumbang lantas mereka perlu mendedahkan suara sebenar mereka di pentas penentuan. Kali ini, salah seorang daripada mereka merupakan penyamar, manakala lagi seorang pula adalah penyanyi sebenar. Ramai yang rasa lucu kerana penampilan Nazrul amat meyakinkan, tetapi nyanyiannya pula berbeza dengan apa yang disangka.

Eksperiwomen atau nama sebenarnya Noorhapizah Binti Napiah

Untuk pusingan ketiga, tiga ahli penyiasat perlu mempertahankan seorang penyanyi misteri. Mereka diberi peluang untuk mendengar secara individurakaman suara sebenar penyanyi misteri. Hael perlu membezakan benar atau bohongberdasarkan penerangan ahli penyiasat dan telah diberi masa 100 saat untuk berbincang dengan ahli penyiasat dan penonton sebelum membuat keputusan. Selepas selesai berbincang, Hael telah menyingkirkan ‘Juara Sepak Takraw’ (Muhammad Aidil Anuar Bin Mohd Nizam). Tekaan Hael sekali lagi salah kerana Aidil berjaya membuktikan bahawa dia boleh menyanyi, malah dia turut sebak dan terharu kerana diberi peluang untuk membuat persembahan di pentas ICSYVMY 2.

Bagi pusingan terakhir, Hael harus memilih seorang pasangan duet, dan dia telah memilih untuk menyingkirkan ‘Hero Sempadan’ (Hazwan Bin Ismail). Seperti yang diteka, Hazwan memang seorang penyamar bersuara sumbang. 

ICSYVMY musim kedua dihoskan oleh dua pengacara yang sememangnya lucu dan pasti membuatkan penonton tidak kering gusi iaitu Shuk Sahar dan Sean LJE. Manakala tugas sebagai “penyiasat tetap” pula masih lagi digalas oleh Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul sama seperti musim pertama. 

Hael Husaini berduet dengan penyanyi misteri, Eksperiwomen (3).JPG

Selain tiga penyiasat tetap ini, mereka turut ditemani oleh dua lagi orang penyiasat jemputanuntuk membantu artis jemputan mengenal pasti siapakah sebenarnya penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi-penyanyi misteri ini.

Setiap penyanyi misteri yang disingkir akan ke pentas penentuan yang mana beliau akan mendedahkan suara sebenar. Seandainya penyanyi misteri terakhir merupakan penyanyi sebenar, penyanyi itu akan dapat menyertai Showcase ICSYVMY 2 dan membuat persembahan bersama artis-artis ternama tanah air. Namun, jika penyanyi misteri terakhir merupakan penyamar, beliau akan membawa pulang RM3,000.

ICSYVMY musim kedua ini dibawakan khas oleh Oppo selaku penaja bersama. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan artis-artis jemputan kesayangan ramai. Antaranya Hael Husaini, Khai Bahar, Nabila Razali, Datin Alyah, Syamel, Siti Sarah, Floor 88, Haqiem Rusli, Ella, Ajai, Sam BunkfacedanMas Idayu. Showcase ICSYVMY pula disertai oleh Misha Omar, Ara Johari, Andi Bernadee dan Luqman Faiz.

Selain itu, ICSYVMY 2 turut menampilkan Hot FM sebagai Geng Radio dan OHBULAN! sebagai Geng Digital. Krew penerbitan ICSYVMY musim kedua pula diketuai oleh Mas Ayu Binti Ali selaku Penerbit Eksekutif, dan Lucent Chong Kien Wen sebagai penerbit merangkap pengarah. 

Dapatkah anda mengenal pasti siapa penyanyi sebenar dan siapa pula penyamar bersuara sumbang? Jangan lupa untuk saksikan ICSYVMYmusim kedua pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam, hanya di TV3ICSYVMY juga boleh dapat disaksikan menerusi strim LIVEsecaraHD di tontonYouTube TV3 Malaysia Official dan YouTube TV9 Malaysia Official.Hangatkan lagi perbualan anda dengan menggunakan #ICSYVMYdi laman media sosial anda.Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook & Instagram di @tv3malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater NEO-DISIDEN Anjuran ASWARA Inspirasi dari Tragedi Brutus

Pet World Malaysia 2019 Returns, Bigger Than Ever!